Oct 18, 2009

UNIK-PERHIMPUNAN KHAS AGUNG UMNO

Najib suntik keyakinan dan semangat baru anggota Umno KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak tidak mahu Umno dilihat sebagai parti yang hanya ghairah memperjuangkan kelompok yang sedikit dan sebagai "parti cari makan" oleh mana-mana anggotanya.
"Persepsi Umno sebagai parti untuk cari makan mesti dibuang jauh-jauh, mesti ditinggalkan," kata Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan dasar sulungnya selaku Presiden Umno pada Perhimpunan Agung parti di sini hari ini.
Najib, yang mengambil alih pucuk pimpinan parti dan kerajaan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi awal tahun ini dalam ucapannya, menggariskan perubahan yang harus dilakukan oleh anggota dan parti itu.
Selaku tunjang Barisan Nasional, Umno bersama parti-parti komponen lain sedang mengambil langkah pengukuhan semula dan memulihkan sokongan rakyat terhadap kerajaan setelah kehilangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya 2008.
Dalam ucapannya yang berterus terang dan tegas itu, Najib nampak berjaya menyuntik keyakinan dan semangat kepada 2,500 anggota perwakilan untuk parti bangkit kembali ke tahap gemilangnya menerusi perubahan yang sedang dilakukan oleh parti itu.
"Bangkitlah bersama-sama saya, rapatkanlah barisan. Sahutlah panggilan. Marilah martabatkan warisan ini (Umno)," kata beliau disambut dengan tepukan gemuruh perwakilan yang berdiri hormat di hujung ucapan beliau selama satu jam 20 minit itu.
Beliau berkata bahawa untuk sentiasa memperoleh sokogan, massa adalah penting Umno dianggap dan diyakini sebagai parti yang ampuh membela untung nasib rakyat.
"Kita mahu Umno dilihat, dirasai serta diyakini sepenuhnya sebagai parti inklusif yang mendahulukan rakyat dan bukannya mendahulukan diri sendiri," katanya.
Perwakilan yang sama akan menghadiri perhimpunan agung khas petang ini sesudah perhimpunan agung ditangguhkan sementara sesi tengah hari ini adalah bagi meluluskan cadangan pindaan perlembagaan parti yang bertujuan menjadikannya lebih terbuka, inklusif dan demokratik.
Pindaan itu, yang disifatkan oleh Najib sebagai langkah signifikan yang bersejarah dan berani, antara lain mencadangkan penghapusan kuota yang dikenakan di bawah peruntukan sekarang bagi bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi yang dikaitkan dengan gejala politik wang.
Najib juga mengajak anggota Umno di semua peringkat kerap melakukan muhasabah diri untuk melihat kelemahan dan kekhilafan serta mengambil langkah mengatasi kelemahan dan kekurangan tersebut.
"Apa yang penting, ahli-ahli Umno perlu mewajahkan perilaku mulia dan nilai-nilai murni sebagai asas jati diri dan kekuatan parti," kata Presiden Umno itu.
Najib turut menyenaraikan perilaku dan budaya politik yang beliau mahu anggota Umno amalkan bagi memastikan parti itu diterima dan disokong rakyat.
"Antara sifat pemimpin yang paling didambakan dan digemari rakyat adalah sifat merendah diri dan tawadhuk," katanya.
Perdana Menteri mahu anggota Umno ingat bahawa dalam negara demokrasi, rakyatlah yang memilih pemimpin, dan pemimpin yang mereka mahukan adalah yang sentiasa bersedia memberi khidmat. Beliau juga mahukan barisan pemimpin parti itu supaya sentiasa mendampingi anggota akar umbi dan juga rakyat. "Rakyat akan membenci pemimpin yang memisahkan diri dari mereka, sukar didekati, apatah lagi pemimpin yang sombong dan bongkak. Rakyat menyanjung pemimpin yang menunjukkan keikhlasan dan merasai keseronokan menabur bakti," katanya.
Najib juga mahukan pimpinan dan ahli UMNO menjadi terkenal dengan integriti apabila diberikan tugas dan amanah yang disifatkan amat mustahak bagi meyakinkan rakyat untuk terus bersama parti itu.
"Jika pesepsi negatif tentang integriti dan etika pemimpin Umno menular, ia dengan sendirinya akan menjadi faktor utama menjauhkan sokongan rakyat terhadap kita," katanya.
Najib berkata kewibawaan dan integriti parti itu tidak dapat dikukuhkan hanya dengan laungan tetapi mesti diterjemahkan dan diperlihatkan dalam bentuk amalan, tindak tanduk dan aktiviti serta gerak kerja semua ahli dan pemimpin.
"Insya-Allah, nantinya rakyat akan dapat menerima semula, secara sepenuh hati, parti kita ke pangkuan mereka," katanya.
Najib berkata pelopor Umno dahulu mendirikan parti itu atas asas-asas falsafah perjuangan, keikhlasan dan pengorbanan serta roh patriotik yang tinggi.
Beliau kesal ramai daripada generasi kini mengambil mudah jerih payah pengasas-pengasas Umno dahulu yang berjuang dengan sifat ikhlas, berhati mulia, sanggup berlebih kurang dalam serba kepayahan dan kesederhaan.
Beliau juga meminta anggota parti mengambil iktibar daripada pengorbanan ikhlas kaum wanita Umno dahulu yang menyerahkan barang-barang kemas untuk membiayai rombongan merundingkan kemerdekaan diketuai oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman ke London. "Dulu, kalau ke persidangan Umno, siapa yang tak kenal New Hotel dan King Hotel di Batu Road. Untung-untung pun dapatlah merasa Majestic Hotel (tapi) sekarang ini ramai yang bersungut sakit-sakit badan jika tidak dapat menginap di hotel lima bintang," katanya. Najib meminta anggota Umno menyegarkan kembali budaya khidmat dan kesukarelawanan dalam parti dan menabur khidmat bakti kepada parti dan rakyat.
Beliau juga mahukan anggota dan pimpinan parti supaya sentiasa memahami arus pemikiran dan aspirasi rakyat. Najib berkata hasrat musuh politik Umno yang meramalkan kejatuhan Umno dan mahu "mentalqinkan" parti itu selepas pilihan raya 2008 tidak akan menjadi kenyataan dan sebaliknya Umno dipulihkan sepenuhnya.
http://www.mstar.com.my/umno2009/cerita.asp?file=/2009/10/15/mstar_umno2009/ Sipitang:-12 okt 2009 rombongan pemuda ke kuala Lumpur tidak terkecuali menghadiri perhimpunan agong Umno di PWTC pada 12 okt 2009 (sebelah malam)yang di rasmikan oleh Tan Sri Mohyiddin Yassin. Yamani Hafez,ketua pemuda, Matbali@Ali Musah,naib ketua pemuda,Bady ,media Adnan Othman dan Jakaria jaidin, perwakilan 2 pemuda Sipitang kemajlis perhimpunan Khas Agung Umno tersebut. Sofri Omarali, pengurus rombongan pemerhati, Helmy Saidin, Jul Arsad,Mahathir,Paridin,Nizam,Faizie,Farez@Niko,Aziz,Zulhaimi dan Sam sebagai pemerhati di persidangan perhimpunan agung khas Umno kali ke 63 di Pusat dagangan dunia Putera (PWTC) bermula 12 okt hingga 16 okt 2009, Kuala Lumpur perhimpunan Agong Khas Umno semalam sebulan suara memuluskan 7 pindaan perlembagaan parti, antaranya mengubah kaedah pemilihan jawatan supaya supaya lebih terbuka dan tanpa kuota bagi menjadikan Umno lebih telus, inklusif dan demokratik.Jumlah perwakilan 2539.Dan pengerusi tetap,Datuk Paduka Badrudin Amiruldin . Hasil dari pemerhatian, Perhimpunan Khas Agung Umno kali ini memulihkan semangat waja yang kental lebih-lebih lagi kepada golongan sasar iaitu golongan jenerasi muda.Supaya mereka lebih minat dan tertarik kepada Umno. Pergerakan Pemuda Sipitang juga dijemput ke Majlis Rumah Terbuka Mukhriz Mahathir dan Datuk Lajim Okin pada malam 13 Oktober.
Dalam sesi tamubual dengan salah seorang ahli Umno En Anthony Liau berkata "Saya kagum sebagai ahli Umno di era ini dimana rata-rata mesyarakat dinegara ini memuji konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh YAB Dato Seri Mhd Najib selaku presiden Umno dan perdana Mentri malaysia.Ternyata konsep ini diterima sepenuhnya oleh rakyat dan khasnya di pilihanraya kecil Bagan Pinang yang telah memberi kemenangan majoriti berganda kepada calon BN dari Umno".
Matbali@Ali Musah pula berkata "Perhimpunan Khas Umno baru-baru ini, YAB Dato Seri Najib telah menyuntik semangat yang baru kepada ahli Umno untuk kembali ke kawasan dan terus berkerja serta banyak mendampingi dan membantu rakyat di kawasan masing-masing.
"Kalau konsep ini di buat seperti komen En Antony Liau dan En Matbali@Ali Musah, maka tidak mustahil BN akan terus memerintah Malaysia selama-lamanya".kata salah seorang Ajk pemuda Sipitang, Sofri Omarali.
Zulhaimi Asbi (PSU) "Tranformasi yang dilakukan turut menitikberatkan dari segi pendekatan dan strategi sangat perlu demi memastikan Umno terus relevan,memenuhi keperluan serta mendapat sokongan rakyat.Perubahan ini juga menitikberatkan peranan wanita,pemuda danputeri terutamanya untukmenambat hati para pengundi kepada Umno.
Rahman Mohd Noh (UPKR Sipitang)"Menyuntik semangat, pindaan ini memberikan keadilan kepada semua peringkat dan amat baik untuk elak politik wang dalam Umno".
Penulis :- Selain daripada itu, keputusan ini juga akan memberi gambaran tentang masa depan, halatuju Umno nanti. Kalau barisan kepimpinan yang baru ni kuat, kukuh, penuh integriti, setia dan ikhlas menjalankan tugas-tugas mereka dan tak mengambilkira kepentingan sendiri dalam apa juga pekerjaan mereka, Insya Allah, Umno boleh survive yang terbaik. Ini sekaligus akan menghapuskan unsur pandangan-pandangan negatif yang cakap Umno takkan boleh bertahan untuk pilihanraya umum ke 13 nanti.
Umno boleh dikatakan berada dalam hot seat sekarang. Umno kena ingat yang semua perhatian tertumpu kepada Umno sekarang. Bukan apa, kita semua pun tahu, terlalu banyak isu di sekeliling kita yang menyarankan bahawa Umno adalah parti yang makin merudum kualiti dan popularitinya. Jadi, Umno patut ambil peluang kali ni untuk buktikan semua tanggapan itu salah. Jangan pula menjadi sebaliknya.
Apa-apa pun, kita harap Umno akan menunjukkan perubahan positif, seperti yang diharapkan rakyat, selepas bermuhasabah dalam perhimpunan kali ni. Jangan bagi secubit sebab pun untuk pihak-pihak lain rasa tanggapan mereka betul. Mereka memang boleh cakap macam-macam, tapi rakyat masih boleh pertimbangkan samada nak percaya atau tidak, selagi Umno menunjukan yang Umno memang bersih jujur,amanah dan betul. Yang penting, hati mesti ikhlas. Kalau tidak ikhlas, pentingkan diri, kita takkan ke mana-mana dan akan menghadapi isu sama saja sampai bila-bila.Apatah lagi Pemuda Rakan Pembela Rakyat mesti kukuhkan setiakawan dan menjalankan segala aktiviti yang boleh mendatangkan perpaduan kepimpinan dan rakyat dalam team yang bermuafakat dan sihat.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com