Sep 22, 2009

Rumah terbuka Ahli Parlimen Sipitang memupuk hubungan silatulrahim

Majlis Rumah Terbuka Satu Ke Ajaiban Di Bulan Shawal. RUMAH terbuka atau 'open house' sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk sambutan Pesta Manuai,Gawai Dayak, deepavali, tahun baru cina, hari natal dan paling istimewa pada sambutan Hari Raya Aidilftri sepanjang bulan Syawal.Pada perayaan seperti ini, tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan berbagai generasi masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim buat pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu , persatuan ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Cuma besar atau kecil dan berapa ramai tetamu terletak kepada perancangan, bajet atau jemputan sama ada di kalangan kakitangan di tempat kerja, ahli persatuan, jiran mahupun kawasan yang dijemput.Apa yang menarik berbagai hidangan makanan, minuman termasuk kuih muih, serta berbagai rasa makanan yang enak termasuk lemang, ketupat,Saty, rendang, selain kuih tradisional sama ada kuih bulan, Wajid, Kalupis, kalupis Petani, Jalurut, bingka, ulat-ulat ,bubur durian atau bubur Nyawa (Bubur dari beras yang digogeng tanpa minyak) akan kita temui di rumah terbuka. Malah rumah terbuka juga memberi makna besar kepada masyarakat di negeri ini mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelak sebarang prejudis kepada keharmonian hubungan kaum.Ia juga dilihat sebagai satu petemuan yang melupakan kepada pertentangan pendapat, berbeza ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkag atau ahli kerajaan.Itulah keindahan konsep rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah terbabit tanpa sebarang halangan dan kekangan yang harus dibimbangi atau disegani.
Sipitang, Isnin,21.09.2009.Satu majlis rumah terbuka Datuk Sapawi,Ahli Parlimen Sipitang, bermula seawal pagi jam 8 lagi Pergerakan Pemuda bertindak sebagai penyambut tetamu sudah bersedia menyambut kedatangan orang ramai yang datang berkunjung kerumah terbuka Datuk Sapawi. Kemeriahan cerianya suasana dan harmoni tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dalam penulisan ini.Tapi apa yang pasti melalui rumah terbuka ini dapat merapatkan hubungan siratulrahim dan mengukuh perpaduan. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, sukuan, berbagai keturunan termasuk pelancong asing dapat dilihat amat mesra terumatanya rumah terbuka yang dianjurkan kerajaan negeri ataupun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Di sinilah pertemuan antara pemimpin dan rakyat, yang dilihat amat mesra sambil menikmati berbagai hidangan istimewa rakyat berpeluang melihat pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan.Kehadiran pengunjung lebih empat ribu orang.
Berbalik kepada konsep rumah terbuka di Aidilfitri, sebenarnya ia melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri, di samping dapat ’menarik’ rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan para tetamu, jiran tetangga (sekalipun bukan seagama) kerana mereka juga manusia, makhluk ciptaan Allah yang berhak untuk menikmati indahnya hidup.
Sebuah hadis daripada Ibnu Umar yang diriwayat oleh Bukhari, Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah, yang bermaksud: “Seseorang mukmin yang bergaul dalam masyarakat, dengan manusia lainnya, dan dia sabar menahan suka duka masyarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang hidup tidak bergaul dalam masyarakat umum dan tidak pula pernah menunjukkan kesabaran atas suka dukanya masyarakat itu.”
Malah di sinilah pertemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang murni yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.

Sep 14, 2009

SALAM IDIL FITRI 1430H / 2009M

Untuk lidah yang salah berucap…
Untuk prasangka yang kadang salah menilai…
Untuk gerak yang kurang berkenan…
Untuk sikap yang khilaf terjaga…
Ramadhan menghilang, Syawal menjelma Ketupat dan rendang tidak dilupa, Selamat Hari Rraya diucapkan kepada semua , Di hari mulia, ampun dan maaf jua dipinta , Kebahagiaan Syawal sama merasa, Waktu gembira kita bersama, Walau kita jauh di mata, Sorak dan sorai kedengaran di telinga, Ampun dan maaf dikirim bersama, Semoga kita seagama, Mendapat keberkatannya…(Allah Rabul Jalil). Takbir bergema di hening pagi , Memohon keampunan kehadrat Ilahi, Kini Syawal menjelma lagi, Kami hulur ucapan Salam Aidilfitri . Andai tangan tak kuasa berjabat, Setidaknya kata masih dapat diucap, Setulus hati memohon maaf, Atas segala dosa dan khilaf.
Taqoballahu Minna wa Minkum Minal ‘Aidin wal Faidzin Pemuda Sipitang Mohon maaf lahir bathin Selamat Hari Raya Idul Fitri 1430H / 2009M

Sep 13, 2009

Ziarah Ramadan Kg.Tanah Merah Melamam

Gambar atas:-En Alidin Mohammad,Setiasausaha Bahagian menyampaikan Wakaf berupa Naskah Al.Quran dan Sajadah kepada En Durrahim Runa pengerusi Masjid Sg.Tiga .Sumbangan tersebut di sumbangkan oleh Yb.Dtk.Sapawi Hj.Ahmad ........
Sipitang:-Kampung Tanah Merah Melamam, 12 september 2009, kunjungan Pergerakan Pemuda Sipitang dalam program ziarah Ramadan ke Kampung Tanah Merah Melamam disambut penuh mesra oleh penduduk setempat. Dalam masa Ziarah/kunjungan tersebut, Yamani Hafez,ketua Pemuda Sipitang menyampaikan sumbangan Wakaf masjid berupa barangan alat pembesar suara.Imam Haji Jubal,imam surau tersebut mengucapkan berbanyak terimakasih yang tidak terhingga atas sumbangan alat pembesar suara untuk surau dan kunjungan pergerakan Pemuda sipitang ke Kampung Tanah Merah dan berharap kunjungan itu bukanlah kunjungan pertama dan kali terakhir, beliau mengharapkan selepas ini ada lagi kunjungan muhibah para pemimpin datang turun padang menghampiri penduduk kampung yang agak terpencil dan jauh di pedalaman.Selepas berjemaah sembahyang maghrib pergerakan pemuda bersungkai bersama penduduk setempat merapatkan lagi hubungan siraturahim antara pergerakan Pemuda Sipitang dengan para penduduk kampung .Turut hadir pada majlis itu Tuan Jamaludin Ali,OCPD Sipitang,tuan Kassim Muntul,Pegawai Lambaga Tabung Getah,SUK Pemuda Sipitang,Bady, Mahathir,SUK pemuda, Zulhaimi Asbi,PSUK Pemuda, Helmy, Ag.Mohammad,En Paridin dan ajk lainnya berserta ahli rombongan pegawai-pegawai kerajaan dari Kotakinabalu.
Secara ringkas:- Islam menganjurkan adalah sebagaimana berikut:
1. Berdoa.. semoga Allah melanjutkan usia kita, dimurahkan rezeki, sehat tubuh badan dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh para Alim ulama silam, di samping memohon pertolongan agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya dalam keadaan tubuh badan yang sihat.2. Membersih diri dan bersuci (istinja), iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t pencipta alam semesta.3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.4. Antara perkara penting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan mulia bulan Ramadan.5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program-program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)

Sep 12, 2009

Usrah Ramadan

Sipitang:-11.09.2009 Jumaat, Usrah dan Tazkirah Ramadan di Masjid Kg.Pantai ketiga-tiga pemimpin Sipitang sama-sama turun padang. Pada majlis itu.Hadir sama Yb.Hj.Amat Hj.Bujang, adun Sindumin. Yb.Kamarlin Hj.Ombi, adun Lumadan, Datuk Utuh said Hj.Musbah,Penolong pengarah JASA Negeri Sabah,Hj.Hafez,Ketua Pemuda Sipitang,Matbali Musah,Naib Ketua Pemuda Sipitang,Puan Maimunah Sidek,ketua Puteri Sipitang, Unit UPKR dan pegawai-pegawai kerajaan bersama penduduk setempat. Majlis Usrah Ramadan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk sapawi Haji Ahmad Ahli Perlimen sipitang merangkap Exco Penerangan UMNO Negeri sabah.
Pada majlis itu Datuk Sapawi telah menyampaikan sumbangan Baitulmal dan sumbangan peribadi kepada ASNAF,Warga emas,Ibu tunggal dan anak yatim juga duit Raya kepada anak-anak penduduk setempat yang disempurnakan oleh ketiga-tiga yang berhormat.
JIKA seorang teman yang anda kasihi,sanjungi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?Tentunya anda sangat gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertadarus al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam LAILATUL QADAR), bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah SAW.Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

Sep 6, 2009

Tazkirah Ramadan bersama Pemuda Sipitang

Menunggu Waktu Bersungkai Sipitang:- 06 Sep 2009 (Ahad) satu majlis berbuka puasa dan tarawih pemuda Sipitang dan belia Zon Usuk di surau Kampung Sungai Tiga anjuran Putera UMNO Sipitang tuan Helmy Saidin dengan kerjasama jawatankuasa surau Sg Tiga. Hadir sama dalam majlis itu Tuan Haji Yamani Hafez,ketua Pemuda Sipitang, Tuan Zulhaimi Asbi, PSUK Pemuda,Tuan Alidin Mohamad,Setiausaha Bahagian, dan ahli jawatankuasa yang lain.Hari ini adalah hari ke enambelas masuk di bulan suci Ramadan. Bulan dimana penuh dengan keampunan dan limpahan pahala dari Sang Pencipta kepada umatnya..... Bulan dimana setiap muslim yang mampu diwajibkan atasnya berpuasa seperti telah diwajibkan atas umat-umat sebelum mereka dan berlomba-lomba mendapatkan pahala sebanyak-banyaknya... Bulan dimana setiap ibadah pahalanya berlipat-lipat ganda. Yang sunnah jadi wajib. Yang wajib jadi tambah pahalanya. Hakikat puasa adalah pengendalian diri. Masih banyak saudara kita yang hidup di bawah garis kemiskinan. Jadi dalam bulan ramadan ini kita dituntut untuk mengendalikan diri dari segala godaan duniawi. Makan minum dan aktiviti lainnya yang boleh membatalkan puasa hingga waktu berbuka tiba.Walau pun kita sedang berpuasa tapi kita harus peka kepada alam sekeliling kita, Jangan kerana kita berpuasa kita jadi alpa dan lalai mentangani segala masaalah.Tazkirah disampaikan selepas solat Tarawih oleh Tuan Haji Yamani Hafez ketua pemuda Sipitang.Dalam majlis itu ketua pemuda menyampaikan derma wakaf untuk Masjid Sg.Tiga berupa barangan elektrik penyedut habuk.
Istilah paling popular untuk menunggu waktu berbuka adalah menunggu SUNGKAI (Menjelang Sungkai). Nah, banyak orang mengakali menunggu menjelang sungkai ini dengan berbagai kegiatan hingga mereka lupa akan rasa lapar dan haus selama berpuasa. Ada yang cuma tidur-tidur ayam, menonton, TV main game, jalan-jalan, dan yang penting sesuatu aktiviti yang boleh membuat lupa rasa haus dan lapar, boleh menjalankan perintah agama tanpa kita merasa kelaparan dan kehausan. Ketika waktu bedug maghrib berkumandang dan suara adzan menggema dari speaker masjid sekitar kita, maka waktu yang ditunggu-tunggu pun datang.... Ada banyak tips untuk memulai berbuka puasa. Salah satunya adalah jangan terus menelan makanan dengan jumlah banyak untuk balas dendam karena seharian tidak mendapat suapan makanan karena puasa. Ini akan membuat perut kita mendadak kekkejutant keranaa komposisi yang tak seimbang. Sebaiknya dimulai dengan minum yang manis-manis untuk melumuri lambung kita untuk makanan ringan selanjutnya, jangan yang berat-berat. Karena selain boleh membuat perut sakit, juga kita harus menunaikan ibadah sholat Maghrib. Nah, setelah sholat Maghrib barulah kita makan secukupnya. Agar nutrisi mudah diserap tubuh untuk memberikan tenaga menunaikan shalat Tarawih berjamaah di masjid. Setelah shalat tarawih silahkan sepuas-puasnya menikmati makanan hingga waktu Sahur tiba......
"Jangan puasa iang-iang, puasa makan siang"!!....
“Tiada nama secantik “Allah” “Tiada umat sebaik “Muhammad:” “Tiada agama seindah “Islam” ”Tiada musik seirama ”Beduk” “Tiada suara lagu semerdu “Azan” “Tiada novel sehebat “Al Quran” “Tiada diet mujarap selain “Puasa” “Tiada bulan yang mulia selain “Ramadhan”
Selamat menjalankan ibadah puasa kepada kaum muslimin dan muslimat.
Ramadhan is an important time of year for muslims all over the world. During Ramadhan, muslims everywhere fast each day, together they go without food or drink.The Ramadhan fasts for about four week.It is a way for muslims everywhwre to honor and oboy Gud.More than one billion people around the world are muslims.The live in Asia, Africa, Europe, Australia, and North and South amerika.Muslims from many parts of the world live religion that muslims follow is Islam.The name for God is Allah.