Oct 9, 2009

MAJLIS RUMAH TERBUKA MEMUPUK PERPADUAN DAN KEHARMONIAN

MASYARAKAT Islam di negara Malaysia masih segar dalam suasana hari raya aidil fitri. Yang berziarah masih banyak, begitu juga yang mengadakan rumah terbuka dan ’majlis bermaaf-maafan’ juga belum selesai. Hal sedemikian itu memang sudah menjadi adat kebiasaan atau tradisi Muslim di tanah air kita negara tercinta, setahun sekali saling bermaaf-memaafan,kunjung-mengunjung di bulan Shawal selepas berpuasa sebulan dalam bulan Ramadan. Memang tradisi ini perlu dihidupkan terus-menerus sepanjang zaman, asalkan tidak sampai menjurus kepada sifat pemboros, sehingga termasuk dalam golongan pembazir, membuang duit secara berlebihan, misalnya mengadakan jamuan secara ‘amat’ besar-besaran yang melampaui batas agama. Tuntutan yang sebenarnya ialah mengadakan sesuatu majlis itu secara sederhana.
Hari ini 09 Okt 2009, Jumaat jam 02.30 petang, En Matbali Musah, naib ketua pemuda merangkap ketua perhubungan UMNO P178 Sipitang telah mengadakan majlis rumah terbuka di Taman Desa Wawasan Beufort.Kehadiran orang ramai dan AJK Pemuda Beufort dan Sipitang menceriakan lagi suasana majlis itu.En Matbali sekeluarga mengucapkan Selamat Hari raya aidil Fitri maaf zahir batin kepada semua tetamu yang hadir dan tidak lupa juga beliau mengucapkan lafaz yang sama kepada semua kaum muslimin muslimat yang mengenali beliau, “segala terkasar bahasa, termakan dan terminum mohon halalkan” kata ungkapannya di majlis rumah terbuka beliau di Taman Desa Wawasan Lot 5, Block A12.
Dalam hal berziarah ini, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Ada seseorang yang berziarah ke tempat saudaranya kerana seagama (bolehlah dianggap saudara) dalam suatu kampung, lalu Allah mengutus malaikat untuk mendatangi jalan yang dilalui. Setelah bertemu, lalu mailaikat bertanya, “Ke mana saudara akan pergi?” Jawabnya, “Hendak ke tempat saudara saya dalam kampung ini. Malaikat bertanya, “Apakah kedatangan saudara itu kerana ada sesuatu kenikmatan daripadanya yang akan saudara dapatkan?” Jawabnya, “Tidak, saya datang semata-mata kerana saya mencintainya untuk mengharapkan keredaan Allah.” Kemudian malaikat itu berkata lagi: “Ketahuilah sesungguhnya saya adalah utusan Allah (untuk menemui saudara dan untuk mengatakan) bahawa Allah mencintai saudara sebagaimana saudara mencintai orang itu.” (Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad - daripada Abu Hurairah r.a) Selain daripada itu, saling memaafkan juga merupakan salah satu tanda ketakwaan seseorang yang telah dibina secara mantap selama sebulan penuh berpuasa pada bulan Ramadan. Dan ciri-ciri orang bertakwa ialah suka memaafkan kesalahan orang lain. Memohon maaf kepada orang lain merupakan suatu kewajipan kerana kesalahan yang belum dimaafkan akan menjadi beban berat di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang berbuat zalim kepada orang lain, baik yang berkaitan dengan kehormatannya atau orang yang berhubungan dengan miliknya, hendaknya ia segera meminta maaf sebelum datang masanya dirham tidak berguna lagi (yakni berupa hari kiamat. Sebab jika sampai tidak meminta maaf) apabila gemlike amal salih, maka dosa orang yang dizalimi itu akan dibebankan kepadanya sesuai dengan kezaliman yang dilakukannya.” (Riwayat Bukhari)
Jika memohon maaf merupakan suatu kewajiban, maka memberi maaf atau memaafkan kesalahan orang lain merupakan tindakan yang sangat mulia. Oleh hal yang demikian itu, bukanlah memaafkan namanya apabila masih ada sisa atau bekas luka di hati atau dendam. Itulah sebabnya, para cerdik pandai berpendapat bahawa seseorang yang memohon maaf dituntut untuk terlebih dahulu maniacal perbuatannya, bertekad untuk tidak mengulangi serta memohon maaf sambil mengembalikan hak yang pernah diambilnya itu.
Penulis;-
Syukur nikmat Allah Alhamdulillah,

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com