Oct 7, 2009

MENJANA KEMAJUAN MASYARAKAT

DALAM usaha mewujudkan masyarakat yang mampu bersaing dalam era globalisasi, selain membentuk modal insan yang berguna bagi membantu negara merealisasikan hasrat menjadi sebuah negara maju, golongan yang tidak bernasib baik tidak pernah dilupakan atau disisihkan.Sebagai sebuah kerajaan yang pro-rakyat, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan, pelbagai bantuan dan program telah dilaksanakan serta diperkenalkan bagi membolehkan golongan kurang berada,miskin,miskin tegar ini turut merasai nikmat pembangunan negara sebagaimana orang lain.Keprihatinan kerajaan untuk membantu golongan yang kurang bernasib baik turut ditonjolkan oleh kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pelbagai bantuan serta program seperti skim Projek Perumahan (PPRT / rumah bantuan kerajaan) dan rumah mesra rakyat.
peruntukan bagi bantuan rumah kepada peserta disediakan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar menerusi agensi seperti Felcra.Rakyat Termiskin (PPRT), Tabung Amanah Kebajikan, Tabung Amanah Pendidikan (KWAMP) dan lain-lain telah diwujudkan bagi memastikan kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik turut diberi pembelaan yang sewajarnya.Jumlah penerima bantuan skim PPRT telah menunjukkan penurunan kadar kemiskinan dalam tempoh beberapa tahun ini, satu petanda yang membuktikan jumlah mereka yang boleh dikategorikan sebagai ‘rakyat termiskin’ sudah semakin berkurangan di daerah Sipitang,dan negeri Sabah amnya.Ini secara tidak langsung juga menunjukkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri untuk membasmi kemiskinan, sekaligus membolehkan golongan ini untuk turut serta dalam kemajuan yang dialami Sabah pada masa sekarang ini.Bantuan yang disalurkan kerajaan negeri juga telah memberi impak besar dan positif kepada pendapatan isi rumah yang turut menunjukkan peningkatan dalam tempoh ini.Secara keseluruhannya, sememangnya tidak boleh dinafikan bahawa kerajaan negeri telah banyak membantu golongan yang tidak bernasib baik di daerah ini untuk memperbaiki taraf kehidupan mereka, selain memberi peluang kepada mereka/rakyat untuk lebih berdikari.Usaha membasmi kemiskinan adalah salah satu agenda utama Kerajaan Negeri Sabah dalam pada Sabah cuba merealisasikan hasrat menjadi sebuah negeri maju menjelang wawasan tahun 2020. Yang pastinya, kerajaan negeri akan terus memberi perhatian kepada golongan yang kurang bernasib baik agar mereka tidak akan ketinggalan dari arus perdana globalisasi pembangunan dan pemodenan negeri.
Kata En.Rahman Mohd.Noh Pegawai kemajuan rakyat Sipitang, “ terdapat beberapa kategori rumah PPRT (rumah bantuan kerajaan) yang dibina mengikut keperluan keluarga miskin terbabit iaitu dua bilik dan tiga bilik”. Rumah kayu bertiang dan rumah batu simen (konkrit)
Beliau juga meminta penerima PPRT (rumah bantuan kerajaan) supaya mengamalkan sikap sentiasa bersyukur dengan apa sahaja bantuan yang di terima mereka. "Kita harap jangan ada rasa perasaan cemburu sekiranya ada yang menerima rumah dua bilik berbanding mereka yang menerima rumah tiga bilik".
Penulis:-Bersyukurlah kepada Allah kerana masih ada orang lain yang langsung tidak memiliki rumah,pandang-pandanglah, fikir-fikirkanlah,jangan sampai kita tergolong orang yang mudah alpa dan tidak tahu erti menilai kesyukuran.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com