Jul 27, 2009

KEBUDAYAAN TRADISI SIPITANG MENJADI TARIKAN PELANCUNG

KEBUDAYAAN TRADISI DI SIPITANG MENJADI TARIKAN PELANCONG.

Muzik,apatah lagi muzik tradisi bagai sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.. Muzik di Sabah merupakan sebahagian yang penting bagi hampir semua kegiatan sosial di peringkat daerah dan kampung. Dulu, kini Sipitang mempunyai pelbagai kebudayaan dan etnik. Antara Kebudayaan yang menonjol ialah tarian Samarlindang, Adai-adai, tarian Magunatip, Busak Paku, tarian Anding, Kulintangan Kayu Sadaman, Hadrah (Kompang) Bambo Band dan Gambus. Masyarakat majmuk di Sabah membolehkan kita menikmati keunikan serta keindahan kebudayaan serta kesenian yang sangat mempersonakan. Walaupun Sabah kaya dengan kebudayaan dan kesenian namun perbezaan di antara satu sama lain adalah ketara. Ini boleh dilihat terutama sekali pada, pakaian tradisi, tarian tradisi, muzik tradisi, dan kraftangan. Setiap satunya akan mencerminkan identiti sesuatu sukuan itu. Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak zaman berzaman lagi. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, mengamping, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik sukuan mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain contohnya seperti muzik GAU-GAUDING ia hanya dimainkan oleh masyarakat suku Kedayan sahaja. Sempena majlis Perasmian Penanguhan dan Penutupan Festa GATA Sipitang,7 kategori muzik etnik telah di gabungkan menjadi satu suara harmoni yang mengagumkan, antara muzik etnik yang ditonjolkan pada majlis itu ialah Kulintangan kayu Sadaman,Bambo Band,Gendang silat,Gendang hadrah (paluan Kompang), Gendang Tabong Gas dan Gendang Cina.Organisma gabungan muzik yang disatukan menghasilkan alunan melodi sangat merdu.Hasil gabungan perpaduan yang telah sedia wujud, telah merealisasikan muzik tradisi Satu Malaysia.Walau pun pencantuman muzik dari berbagai suku kaum ini pertama kali ditonjolkan di Festa GATA, akan tetapi diperingkat akar umbi, Kampung telah lama ujud sejak zaman nenek moyang lagi.

Sumber Foto :-Zulkufli Kassim (Reporter Dtk Sapawi)

Jul 21, 2009

BINTANG GATA 2009

Sunguh banyak rakan yang bertanya, bagaimana mahu merealisasikan impian mereka untuk menjadi peyanyi. Jawapannya, cita-cita itu memang tidak mudah atau tidak semudah yang disangka.
Melihat kepada latar belakang penyanyi tempatan, kebanyakan daripada mereka lahir daripada dunia muzik, peragaan, pengiklanan, pementasan atau menerusi program pencarian bakat lain. Namun bagi orang kebanyakan, impian untuk menjadi seorang penyanyi sebenarnya amat sukar akan tetapi yang boleh menyanyi tersangatlah ramai.
Namun, jangan berasa kecewa kerana GATA Sipitang telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat dalam program Festa GATA iaitu Bintang GATA. Melalui program ini, pihak penganjur memberi peluang dan mencari pelapis baru untuk industri penyanyi.
Penganjur malam Gata dan Gala baru menghabiskan sesi uji bakat di Dewan Serbaguna Sipitang pada 18.07.2009 seramai 100 peserta telah tampil untuk mencuba nasib. Namun, daripada jumlah itu, hanya 30 orang yang dipilih untuk sesi saringan.
Di kalangan 30 peserta itu pula, hanya 10 peserta solo akan dipilih untuk masuk keperingkat akhir .Manakala berkumpulan, lima kumpulan sahaja di ambil daripada 7 kumpulan yang mengikuti semasa sesi pemilihan.
Menerusi program ini, diharap mereka (peserta) pertandingan boleh memahami segala komitmen serta memiliki sahsiah diri untuk melahirkan bakat yang boleh digunakan pada masa akan datang.
Masa dalam proses mencari 30 peserta solo dan 5 peserta berkumpulan yang layak, ramai daripada mereka yang hadir amat berbakat terutama dari Negeri Serawak, Miri, Limbang,Lawas Kota Kinabalu, Keningau,Tenom, Kota Belut. Malah ada juga daripada mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia nyanyian.
Pertandingan Bintang Gata akan diadakan pada 31 Julai 2009 bermula jam 8 malam bertempat dipentas utama astaka Padang Bola Pekan Sipitang.

PENGENALAN APLIKASI ICT

Pengenalan Aplikasi ICT.
E-mel:e-mel@pemudasipitang.com.my
Facebook:http://ms.my.facebook.com/people/
Pemuda-Umno-Sipitang/100000013389197
(Google:-Type-Aktiviti dan Pemuda Sipitang) PEMIMPIN MESYARAKAT PERLU KUASAI ICT: Pemimpin mesyarakat di Negeri ini disaran agar berusaha mendalami kemahiran Teknologi Maklumat dan komonikasi (ICT) bagi membolehkan mereka berhadapan dengan era ledakan Maklumat yang semakin mencabar.Tanpa kemahiran ICT seseorang pemimpin mesyarakat hari ini bukan sahaja ketingalan tetapi juga gagal memahami keperluan dan isu-isu semasa. ICT hari ini adalah merupakan komponen parti kepada mesyarakat & tidak boleh dipisahkan dengan urusan kehidupan seharian. “malah sesuatu yang perlu disedari oleh Pemimpin mesyarakat apabila ICT akhir-akhir ini semakin menguasai generasi muda sebagai pengantara dalam menerima dan menyebarkan maklumat .
PENGENALAN APLIKASI ICT.
pemudasipitang . com. my dan pemuda178 . blogsport . com (aktiviti pemuda sipitang-type in Google) facebook, webmail.
Perkembangan teknologi internet telah menjadikan Laman Web, Blog sebagai saluran penyebaran maklumat yang sangat penting antara organisasi dan orang awam.Antara kepentingan laman web kepada organisasi adalah seperti berikut:
i. Saluran dan Maklumat rasmi
Menjadi saluran rasmi maklumat, dokumen dan perkhidmatan dalam talian.
ii. Perkhidmatan
Menyediakan maklumat dan perkhidmatan atas talian yang boleh dilaksanakan secara interaktif dan dapat dan dapat menjimatkan masa sesiapa sahaja yang berurusan dengan organisasi.
iii. Mempromosi Organisasi
Membantu dalam usaha-usaha dalam mempromosi dan memberi publisiti kepada program-program yang dilakukan organisasi.
iv. Menyokong Kerajaan Elektronik
Laman web boleh menjadi salah satu daripada saluran penting perkhidmatan dalam Kerajaan Elektronik yang sedang dalam peringkat pelaksanaan.
Bagi pemuda UMNO sipitang, kami memperkenalkan 3 aplikasi ICT yang anda boleh gunakan iaitu:Laman Web pemudasipitang . com . my, facebook dan webmail.
Laman Web pemudasipitang . com . my, Secara ringkas laman web ini mengandungi 5 bahagian utama setakat ini.

Jul 11, 2009

MASYUARAT PEMUDA

SIPITANG:-Masyuarat pemuda kali ke dua dirancang diadakan pada 18 julai 2009, jam 02 petang.Tempat bilik masyuarat pejabat perhubungan UMNO bahagian DUN Lumadan Beaufort.
AGENDA UTAMA MESYUARAT:- A- Persiapan persidangan pemuda bahagian. B- Persiapan persidangan UMNO bahagian C- Program forum pendidikan Dimaklumkan kepada semua AJK pergerakan pemuda diminta hadir dan seboleh-bolehnya memakai pakaian pemuda/mengenakan pakaian rasmi. PROGRAM PENDIDIKAN ADALAH AGENDA UTAMA PERGERAKAN PEMUDA. "Agenda utama pemuda adalah menekankan kepada program pendidikan" ucapan Hafiz semasa merasmikan program sekolah angkat SK Pekan pada 21 april 2009.
PENDIDIKAN, adalah usaha sedar dan dirancang untuk mewujudkan suasana belajar dan segala proses pembelajaran agar pelajar (pendidik/pelajar) diserlah secara aktif dan efektif untuk mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan untuk dirinya dan juga masyarakat.
Faktor internal (dalaman) meliputi jajaran dunia pendidikan, baik jabatan pendidikan daerah, negeri dan pendidikan yang dikelolakan oleh badan bukan kerajaan NGO, swasta. Dalam hal ini pihak-pihak yang berkait sangatlah diharapkan agar pendidikan sentiasa terjaga dengan baik dan dikendalikan dengan bijaksana.
Faktor ekternal, adalah meliputi masyarakat itu sendiri pada umumnya yang merupakan ikon pendidikan kepada masyarakat setempat dan sekeliling seperti gaya hidup seharian dan pertuturan.
Pendidikan meliputi pengajaran keahlian khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat dari luaran akan tetapi ianya perlu dilihat lebih mendalam iaitu kontek pemberian atau anugerah ,Pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.
Dalam situasi pendidikan ianya terbahagi kepada beberapa bahagian umum; -Pendidikan dasar
-Pendidikan menengah
-Pendidikan tinggi
-Pendidikan secara umum
-Pendidikan kejuruteraa
-Pendidikan akademik ( institute/politeknik/universiti)
-Pendidikan profesional
-Pendidikan vokasional
-Pendidikan keagamaan dan
-Pendidikan khusus
Salah satu dasar utama pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan yang melewati, menembusi, menjadikan generasi berwawasan dan jauh pandangan. Untuk itu seharusnya, khusus kepada warga pendidik agar memberi lebih tumpuan kepada kerjaya , kerana warga pendidik tersangat perlu untuk menyuntik minda generasi baru yang bakal bercambah dan bakal menerajui kepimpinan masa depan.
PEMIMPIN MESYARAKAT PERLU KUASAI ICT:
Pemimpin mesyarakat disaran agar berusaha mendalami kemahiran Teknologi Maklumat dan komonikasi (ICT) bagi membolehkan mereka berhadapan dengan era ledakan Maklumat yang semakin mencabar.Tanpa kemahiran ICT seseorang pemimpin mesyarakat hari ini bukan sahaja ketingalan tetapi juga gagal memahami keperluan dan isu-isu semasa. ICT hari ini adalah merupakan komponen parti kepada mesyarakat & tidak boleh dipisahkan dengan urusan kehidupan seharian. “malah sesuatu yang perlu disedari oleh Pemimpin mesyarakat apabila ICT akhir-akhir ini semakin menguasai generasi muda sebagai pengantara dalam menerima dan menyebarkan maklumat .

Jul 1, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN PELAJAR SAN

Beaufort:-01 julai 2009, Majlis perpisahan dan penyerahan pelajar Sekolah Agama Negeri ke Sekolah Agama Negeri Kg, Bingkol Beaufort telah diraikan oleh guru dan pelajar sekolah.Antara jemputan yang hadir,tuan Imam Rambang Hj.Muhamad,Ust.Suhariman Hj.Sulaiman guru besar San Pekan Beaufort,En Matbali Musah YDP PIBG San Pekan Beufort,Tuan.Hj.Jusih Hj.Sarin penyelia pendidikan sekolah-sekolah agama Jheains bahagian pendalaman Beaufort, Tuan.Hj.Mohd.Taip Kassim nazir sekolah-sekolah agama Jheains bahagian pendalaman Beaufort. Antara intisari ucapan En Matbali Bin Musah yang dipertua PIBG San Beufort menyatakan Pendidikan merupakan antara ciri ketamadunan sesuatu bangsa. Masyarakat bertamadun adalah mereka yang terdidik dan berilmu. Mentaliti masyarakat diukur dengan mutu pendidikan yang diterima. Namun, pendidikan memerlukan kepada satu sistem agar ia mampu disampaikan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. "perpisahan tak akan terjadi tanpa adanya pertemuan" "marilah kita sama-sama dengan kombinasi yang ada sama-sama berganding bahu demi membangun masa depan anak-anak kita" dalam rangka ucapannya semasa majlis perpisahan dan penyerahan pelajar SAN Pekan Beaufort ke SAN Kg.Bingkol Beaaufort. "persepsi ibu bapa perlu diperbetulkan terhadap perpindahan ini dan ini merupakan hijrah sudah tentunya akan mendapat pengalaman baru,sekolah baru kerana disana mempunyai berbagai kemudahan yang lebih selesa" beliau menekankan betapa pentingnya nilai agama kepada anak-anak untuk peningkatan akhlak mulia tambahan dewasa ini gejala sosial dikalangan remaja berleluasa" tambahnya lagi semasa ucapannya dimajlis itu. Menurutnya,ilmu Fardu ain,Fardu Kifayah dan Amali Ugama perlu dititikberatkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi memastikan pelajar-pelajar mahir dalam ilmu tersebut dan dapat diketengahkan dikalangan masyarakat yang mana khususnya diberi kesinambungan juga perlu terus memberikan perhatian khusus dalam pendidikan ini. Anugerah guru terbaik:-Ustazah Radziah Juali kategori guru Jeahins dan Ustazah Raidah Hj.Daniel kategori guru Jakim.