Sep 22, 2009

Rumah terbuka Ahli Parlimen Sipitang memupuk hubungan silatulrahim

Majlis Rumah Terbuka Satu Ke Ajaiban Di Bulan Shawal. RUMAH terbuka atau 'open house' sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di negara ini termasuk sambutan Pesta Manuai,Gawai Dayak, deepavali, tahun baru cina, hari natal dan paling istimewa pada sambutan Hari Raya Aidilftri sepanjang bulan Syawal.Pada perayaan seperti ini, tidak lengkap jika tiada rumah terbuka sehingga seluruh lapisan dan berbagai generasi masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim buat pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu , persatuan ataupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Cuma besar atau kecil dan berapa ramai tetamu terletak kepada perancangan, bajet atau jemputan sama ada di kalangan kakitangan di tempat kerja, ahli persatuan, jiran mahupun kawasan yang dijemput.Apa yang menarik berbagai hidangan makanan, minuman termasuk kuih muih, serta berbagai rasa makanan yang enak termasuk lemang, ketupat,Saty, rendang, selain kuih tradisional sama ada kuih bulan, Wajid, Kalupis, kalupis Petani, Jalurut, bingka, ulat-ulat ,bubur durian atau bubur Nyawa (Bubur dari beras yang digogeng tanpa minyak) akan kita temui di rumah terbuka. Malah rumah terbuka juga memberi makna besar kepada masyarakat di negeri ini mengenai erti perpaduan yang harus wujud untuk mengelak sebarang prejudis kepada keharmonian hubungan kaum.Ia juga dilihat sebagai satu petemuan yang melupakan kepada pertentangan pendapat, berbeza ideologi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkag atau ahli kerajaan.Itulah keindahan konsep rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita untuk berkunjung ke rumah terbabit tanpa sebarang halangan dan kekangan yang harus dibimbangi atau disegani.
Sipitang, Isnin,21.09.2009.Satu majlis rumah terbuka Datuk Sapawi,Ahli Parlimen Sipitang, bermula seawal pagi jam 8 lagi Pergerakan Pemuda bertindak sebagai penyambut tetamu sudah bersedia menyambut kedatangan orang ramai yang datang berkunjung kerumah terbuka Datuk Sapawi. Kemeriahan cerianya suasana dan harmoni tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dalam penulisan ini.Tapi apa yang pasti melalui rumah terbuka ini dapat merapatkan hubungan siratulrahim dan mengukuh perpaduan. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, sukuan, berbagai keturunan termasuk pelancong asing dapat dilihat amat mesra terumatanya rumah terbuka yang dianjurkan kerajaan negeri ataupun Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri. Di sinilah pertemuan antara pemimpin dan rakyat, yang dilihat amat mesra sambil menikmati berbagai hidangan istimewa rakyat berpeluang melihat pemimpin kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan.Kehadiran pengunjung lebih empat ribu orang.
Berbalik kepada konsep rumah terbuka di Aidilfitri, sebenarnya ia melambangkan keindahan agama Islam itu sendiri, di samping dapat ’menarik’ rahmat dan keberkatan yang datang bersama dengan kunjungan para tetamu, jiran tetangga (sekalipun bukan seagama) kerana mereka juga manusia, makhluk ciptaan Allah yang berhak untuk menikmati indahnya hidup.
Sebuah hadis daripada Ibnu Umar yang diriwayat oleh Bukhari, Tarmizi, Ahmad dan Ibnu Majah, yang bermaksud: “Seseorang mukmin yang bergaul dalam masyarakat, dengan manusia lainnya, dan dia sabar menahan suka duka masyarakat itu, adalah lebih baik daripada seorang mukmin yang hidup tidak bergaul dalam masyarakat umum dan tidak pula pernah menunjukkan kesabaran atas suka dukanya masyarakat itu.”
Malah di sinilah pertemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang murni yang amat tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai penyokong dasar dan kepimpinan peringkat kampung, daerah, negeri dan negara.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com