Jan 16, 2010

-“Daie Sipitang Kuan Biskita”-Sipitang berwajah baru
ADALAH tepat sekali Sipitang dinaik taraf sebagai daerah penuh sejajar dengan

jangkaan menerima kesan limpahan program Pembangunan yang akan menjadikan Sipitang sebuah Pekan (Pekan Sipitang) akan menjadi Bandar Sipitang. Sipitang bukan lagi sebuah pekan kecil dengan deretan kedai-kedai papan. Hasil kemajuan pesat daerah ini membolehkan ia dinaik taraf menjadi sebuah daerah penuh yang dikenali sebagai Bandar Sipitang lebih-lebih lagi kedudukan geografinya yang sangat indah dan menarik berdekatan dengan tepi laut menghala ke barat daya laut cina selatan kawasan perairan teluk Brunei. Sipitang berada ditengah-tengah antara laluan stratigi Indonesia,Serawak,Brunei untuk destinasi menuju ke Kotakinabalu.Pekan sipitang adalah tempat persingahan utama untuk singah sebentar dan juga bermalam sambil menikmati makanan selain dari buah-buahan yang melimpah seperti Durian Kampung yang rasanya berbeza dari mana-mana durian yang ada di rantau ini, Sipitang juga terkenal dengan Saty Sipitang yang diniagakan digerai hampir setiap malam dikawasan tepi laut pekan ini. Pembukaan Esplanade sipitang dibina dengan angaran kos yang tinggi dapat dilihat sebagai pemangkin kepada pembangunan daerah Sipitang menjadikannya berwajah baru yang boleh menjana ekonomi masyarakat didaerah ini. Sipitang dijangka mempunyai sebuah Esplanade yang hampir siap pembenaannya tidak lama lagi, yang akan menjadi salah satu destinasi pelancungan,selain dari gerai saty yang terkenal di daerah ini.Esplanade Ia direka bentuk dengan kemudahan lengkap cantik dan menarik juga disediakan untuk gerai makan minum dan riadah tempat bersantai dan memancing sambil menghirup udara segar angin laut dan dikala senja menatap mantari terbenam di ufuk barat dengan pemandangan yang cukup indah berlatar belakangkan banjaran Gunung tidak ada keunikan ini di daerah lain. Begitu juga dengan pembangunan sumber insan yang merangkumi sekolah-sekolah menegah serba cangih dan moden senibena bangunannya dan alat kelengkapan memenuhi keperluan pendidikan di daerah ini, hab makanan halal dan industi sokongan seperti produk kebudayaan etnik,kraftangan berbagai sukuan seperti Perusahaan Kecil dan Sederhana semakin menyerlah dan menonjol di daerah Sipitang.Kemudahan infrastruktur jalan berturap dikampung-kampung juga dipertingkatkan dengan pembinaan persimpangan bulatan bagi mengatasi masalah kesesakan jalan di Pekan sipitang dan jalan simpang ke Sindumin Tenom, terutama ketika waktu kemuncak. Pergerakan Pemuda Sipitang amat berharap agar pembanggunan Sipitang akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi, Hasil dari limpahan dan pencairan projek-projek yang telah dirancang akan memberi kesan impaks kepada penduduk setempat khasnya penduduk-penduduk di kawasan P178 Sipitang yang merangkumi DUN Lumadan dan DUN Sindumin. Peluang-peluang perkerjaan kepada penduduk setempat akan terbuka luas dan ianya akan dapat meningkatkan taraf hidup dan ekonomi masyarakat. Pembangunan (pembangunan sumber insan) di Sipitang haruslah di beri keutamaan agar kesannya dapat di nikmati dan pastinya tiada ruang untuk parti pembangkang untuk "Mengapai Bayan terbang,Taipas ditangan terlepas lari. Terimakasih BN,terimakasih UMNO, terimakasih yang tidak terhingga kepada para Pemimpin BN dulu dan sekarang, dan terimakasih Datuk Sapawi Haji Ahmad Ahli Parliment P178 yang menerajui daerah ini kerana bermatlamat menghala tuju menjana Ekonomi masyarakat dan Menjana Sumber Insan untuk masa depan yang Cemerlang,Terbilang dan Gemilang.

Jan 11, 2010

Sambutan Diluar Jangkaan

Sipitang:-
Sambutan kejohanan bola sepak 9 sebelah & sepak takraw DUN Sindumin anjuran Pemuda UMNO Zon Mesapol dan Usuk yang diadakan pada 18 – 20 Disember 2009 di Pekan Mesapol Sipitang adalah diluar jangkaan sempena cuti persekolahan dan aktiviti hujung tahun 2009. Kejohanan 3 hari ini disertai oleh pasukan-pasukan bola sepak dan sepak takraw sekitar DUN Sindumin dan juga beberapa pasukan jemputan daripada DUN Lumadan. Kejohanan diserikan lagi dengan acara sampingan iaitu sepak bola terus ke gawang gol bagi kategori lelaki dan perempuan serta cabutan tiket bertuah dengan hadiah yang lumayan untuk santapan para pemain dan juga peminat. Juara bola sepak dimenangi oleh Sindumin FC, Naib Juara pasukan PYC ‘A’, tempat Ketiga pasukan PYC ‘B’ dan tempat keempat pasukan Soccer Boy. Manakala Juara Sepak Takraw dimenangi oleh Pangl Long ‘A’, Naib Juara Pasukan KESTAS ‘A’ dan tempat Ketiga (pemenang bersama) Pasukan Pang Long ‘B’ dan Pasukan Cincai Team. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Sdr. Zulhaimi bin Asbi, Setiausaha Pemuda UMNO Sipitang merangkap Pengerusi Penganjur. Beliau melahirkan rasa bangga dengan komitmen para pemuda khususnya Pemuda UMNO Zon Mesapol & Usuk kerana telah membuktikan bahawa golongan pemuda dan belia mampu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah dengan sokongan pelbagai pihak. Selaku Pengerusi Penganjur, beliau telah menggariskan beberapa matlamat dan harapan agar golongan pemuda khususnya di Sipitang dilihat sebagai golongan yang memberi sumbangan berkesan kepada masyarakat. Pemuda Zon Mesapol & Usuk telah melakar sejarahnya yang tersendiri dengan penganjuran program ini kerana ianya julung-julung kali diadakan. Semoga dengan kejayaan program kejohanan ini akan memberikan impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat khususnya di Sipitang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak dan juga penaja yang menjayakan kejohanan ini. FOTO 1: Zulhaimi (berdiri 6 dari kiri) merakamkan kenangan bersama pasukan Sindumin FC selaku juara bola sepak dan Pasukan Pang Long 'A' selaku juara sepak takraw serta AJK pelaksana. FOTO 2: Zulhaimi menyampaikan hadiah basikal kepada 'Peminat Bertuah' dalam acara tersebut.