Jan 11, 2010

Sambutan Diluar Jangkaan

Sipitang:-
Sambutan kejohanan bola sepak 9 sebelah & sepak takraw DUN Sindumin anjuran Pemuda UMNO Zon Mesapol dan Usuk yang diadakan pada 18 – 20 Disember 2009 di Pekan Mesapol Sipitang adalah diluar jangkaan sempena cuti persekolahan dan aktiviti hujung tahun 2009. Kejohanan 3 hari ini disertai oleh pasukan-pasukan bola sepak dan sepak takraw sekitar DUN Sindumin dan juga beberapa pasukan jemputan daripada DUN Lumadan. Kejohanan diserikan lagi dengan acara sampingan iaitu sepak bola terus ke gawang gol bagi kategori lelaki dan perempuan serta cabutan tiket bertuah dengan hadiah yang lumayan untuk santapan para pemain dan juga peminat. Juara bola sepak dimenangi oleh Sindumin FC, Naib Juara pasukan PYC ‘A’, tempat Ketiga pasukan PYC ‘B’ dan tempat keempat pasukan Soccer Boy. Manakala Juara Sepak Takraw dimenangi oleh Pangl Long ‘A’, Naib Juara Pasukan KESTAS ‘A’ dan tempat Ketiga (pemenang bersama) Pasukan Pang Long ‘B’ dan Pasukan Cincai Team. Hadiah pertandingan telah disampaikan oleh Sdr. Zulhaimi bin Asbi, Setiausaha Pemuda UMNO Sipitang merangkap Pengerusi Penganjur. Beliau melahirkan rasa bangga dengan komitmen para pemuda khususnya Pemuda UMNO Zon Mesapol & Usuk kerana telah membuktikan bahawa golongan pemuda dan belia mampu untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti berfaedah dengan sokongan pelbagai pihak. Selaku Pengerusi Penganjur, beliau telah menggariskan beberapa matlamat dan harapan agar golongan pemuda khususnya di Sipitang dilihat sebagai golongan yang memberi sumbangan berkesan kepada masyarakat. Pemuda Zon Mesapol & Usuk telah melakar sejarahnya yang tersendiri dengan penganjuran program ini kerana ianya julung-julung kali diadakan. Semoga dengan kejayaan program kejohanan ini akan memberikan impak positif yang berpanjangan kepada masyarakat khususnya di Sipitang. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak dan juga penaja yang menjayakan kejohanan ini. FOTO 1: Zulhaimi (berdiri 6 dari kiri) merakamkan kenangan bersama pasukan Sindumin FC selaku juara bola sepak dan Pasukan Pang Long 'A' selaku juara sepak takraw serta AJK pelaksana. FOTO 2: Zulhaimi menyampaikan hadiah basikal kepada 'Peminat Bertuah' dalam acara tersebut.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com