Apr 14, 2010

Produk kebudayaan jadi tarikan pelancung ke Sipitang

KEBUDAYAAN TRADISI DI SIPITANG MENJADI TARIKAN PELANCONG.

Muzik,apatah lagi muzik tradisi bagai sesuatu yang tidak dapat dipisahkan.. Muzik di Sabah merupakan sebahagian yang penting bagi hampir semua kegiatan sosial di peringkat daerah dan kampung. Dulu, kini Sipitang mempunyai pelbagai kebudayaan dan etnik. Antara Kebudayaan yang menonjol ialah tarian Samarlindang, Adai-adai, tarian Magunatip, Busak Paku, tarian Anding, Kulintangan Kayu Sadaman, Hadrah (Kompang) Bambo Band dan Gambus. Masyarakat majmuk di Sabah membolehkan kita menikmati keunikan serta keindahan kebudayaan serta kesenian yang sangat mempersonakan. Walaupun Sabah kaya dengan kebudayaan dan kesenian namun perbezaan di antara satu sama lain adalah ketara. Ini boleh dilihat terutama sekali pada, pakaian tradisi, tarian tradisi, muzik tradisi, dan kraftangan. Setiap satunya akan mencerminkan identiti sesuatu sukuan itu. Muzik melambangkan keselarasan tradisional yang wujud di kalangan penduduknya sejak zaman berzaman lagi. Ia dimain semasa majlis perkahwinan, pertunangan, perayaan menuai, mengamping, hari ulang tahun pertama kanak-kanak, upacara-upacara keagamaan animisma dan upacara-upacara berkaitan yang penting bagi masyarakat tempatan. Setiap kumpulan etnik sukuan mempunyai bentuk muzik yang tersendiri walaupun banyak alat-alat muzik utama merupakan alat yang sama digunakan. Setiap alat dibuat dengan perasan sayang dengan memotong, membentuk dan diuji. Berbagai-bagai gabungan alat-alat muzik mempunyai keistimewaannya sendiri dengan perbezaan dalam segi bentuk, rentak dan nada. Terdapat juga alat-alat muzik tertentu yang hanya digunakan oleh satu kumpulan masyarakat sahaja dan tidak dimain oleh masyarakat yang lain contohnya seperti muzik GAU-GAUDING ia hanya dimainkan oleh masyarakat suku Kedayan sahaja. Sempena majlis Perasmian Penanguhan dan Penutupan Festa GATA Sipitang,7 kategori muzik etnik telah di gabungkan menjadi satu suara harmoni yang mengagumkan, antara muzik etnik yang ditonjolkan pada majlis itu ialah Kulintangan kayu Sadaman,Bambo Band,Gendang silat,Gendang hadrah (paluan Kompang), Gendang Tabong Gas dan Gendang Cina.Organisma gabungan muzik yang disatukan menghasilkan alunan melodi sangat merdu.Hasil gabungan perpaduan yang telah sedia wujud, telah merealisasikan muzik tradisi Satu Malaysia.Walau pun pencantuman muzik dari berbagai suku kaum ini pertama kali ditonjolkan di Festa GATA, akan tetapi diperingkat akar umbi, Kampung telah lama ujud sejak zaman nenek moyang lagi.