Jun 29, 2009

PROGRAM RAKAN BELIA ZON LUMADAN

ZON LUMADAN:-
Kampung Lingkungan, program rakan belia bersama pergerakan pemuda bersemarak penuh ceria dengan pengisian yang berteraskan arus perdana iaitu 1 Malaysia. Majlis itu disempurnakan oleh ketua pemuda Haji Yamani Hafez Bin Datuk Sri Panglima Musa.Dalam ucapan perasmiannya ketua pemuda amat berbangga dan teruja atas kometman belia-belia kerana sama-sama turun padang menceriakan majlis itu. "belia-belia inilah pelapis dan peneraju masa depan dan belia ini juga yang menjadi salah satu pengimbang kestabilan politik" "program rakan belia merupakan satu rangka kerja bagi memudah, mendorong serta melibatkan para belia untuk berkerja secara individu, disamping mengalakkan kepimpinan belia dan aktiviti yang berpaedah" 'Apa juga program yang dilaksanakan atau disertai, belia mesti berazam mengatasi cabaran dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-cita serta menambah nilai kepada kejayaan yang diperolehi" "Belia yang sehat, ceria,bercita-cita tinggi dan bersemangat dan ditokok dengan ilmu pengetahuan serta pekerti mulia,saya yakin belia sebagai jenerasi pewaris untuk memajukan Negara keperingkat lebih mantap dan hebat"antara ungkapan ucapan ketua pemuda semasa malaksanakan majlis pelancaran Program rakan belia Kampung Lingkungan yang dipengerusikan En Jakaria Bin Jaidin AJK Pemuda Bahagian merangkap Biro sukan P178 Sipitang. "Kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan belia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk dalam bidang baru seperti elektronik, teknikal (HAD ON) serta teknologi dan maklumat (ICT) untuk belia menjadi modal insan berkualiti" tambahnya lagi "peluang yang diwujudkan itu adalah untuk menjadikan belia sebagai pelapis akan menjadi pemimpin dan pakar dalam pelbagai bidang" Sepanjang program pelbagai aktiviti diadakan antaranya, sesi dialog mengenai isu-isu semasa,sesi membina pasukan bersama belia-belia,melawat keluarga miskin tegar, melawat pesakit kronik termasuklah cara untuk menghasilkan dan mencapai daya ketahanan melalui pengurusan projek aktiviti yang efektif.Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan latihan kepada para belia dalam aspek kepimpinan dan pengurusan serta dapat melengkapkan generasi muda dengan aspek Kepimpinan dan Keusahawanan. "Diharap penganjuran program ini dapat melahirkan kelompok belia dan beliwanis yang komited dalam mempertahankan jati diri rakyat negara ini selaras dengan keperluan tenaga kerja negara masa kini dan hadapan". Jelasnya lagi Dalam sesi tamu bual dengan En Jakaria Jaidin, beliau mengucapkan berbanyak terimakasih diatas bantuan ahli jawatan kuasa dan para belia atas sumbangan jasa bakti dari berbagai aspek demi menjayakan program itu yang julung-julung kalinya di buat sebagai program rakan belia bersama pergerakan pemuda. Beliau berikrar belia-belia kampung Lingkungan sentiasa bersedia dan berkhidmat juga bersedia menjadi tunjang tulang belakang kepada pergerakan pemuda.Program ini dianjurkan berobjektif untuk menyediakan golongan muda yang berperibadi unggul,berkemahiran dan mampu menjadi warga negara yang berguna dan cemerlang dalam kerjaya atau apa jua bidang yang diterajui. Selain itu juga Program ini bertujuan untuk memupuk dan membina satu rangkaian kerja belia yang akan menjadi pemimpin dan ejen perubahan / tranformasi dalam mengerakan teman-teman sebaya mereka dan juga masyarakat kearah 'ENVIRONMENT OWNERSHIP' dan daya ketahanan sekaligus untuk fizikal dan mental. Program satu hari yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat pada 27 jun 2009 dianjur dan dipengerusikan oleh En.Jakaria Bin Jaidin.
-Foto Ehsan dari Helmy Saidin

Jun 28, 2009

PERTANDINGAN LAGU-LAGU 60AN SEMPANA SEPAKAT BERSAMA BESTARI

Sipitang- Program sepakat Bestari & pra GATA anjuran Kementrian Jabatan Penerangan Malaysia, En Paridin sitim pengerusi pelaksana pertandingan karaoke lagu-lagu 60an pada 26 dan 27 jun 2009 pertandingan akhir.
Program yang bermula seawal jam 6.00 pagi turut dimeriahkan dengan senam seni satu Malaysia bertempat diruang laman pentas diluar dewan serbaguna dilancarkan oleh YB.Ahmad Hj.Bujang ADUN N 28 Sindumin dalam pada itu turut serta menyertai senam seni ini. Manakala pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tabika sebelum pertandingan Karaoke lagu-lagu 60an yang dilangsungkan dipentas utama kawasan perkarangan dewan dan pameran turut dilangsungkan dikawasan sekitarnya. En Matbali Bin Musah dengan lafaz BISMILAHIROAHMANNIIROAHIM merasmikan dan melancarkan pertandingan tersebut. Dalam ucapan beliau "saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia khususnya pegawai Penerangan Sipitang En Jemin Pangut kerana telah berusaha menyediakan segala kemudahan dan membawa PA System yang begitu canggih dan moden, suara jelas didengar berbatu-batu jauhnya,saya difahamkan PA System ini yang ter canggih di Malaysia,tahniah" "walau pun pengisian program ini dengan mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu 60an akan tetapi bila kita amati lirik dan senikata lagu ini banyak berunsurkan nasihat yang boleh kita jadikan teladan walau pun tidak semuanya,selain itu kita juga dapat memenfaatkan kunjungan kita ke program sepakat Bestari kita juga dapat melihat sendiri secara dekat sedikit sebanyak kita dapat info dan pengetahuan dari gerai dan pameran dari berbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO sperti pameran teknologi,giat mara, bomba, polis, muzium, jasa, gerai pameran seni warisan budaya, RTM Klasik Nasional, Pertubuhan berita Nasional (BERNAMA), selain itu kita dapat bersuai kenal dengan para pemimpin atasan,pemimpin dari berbagai peringkat hingga ke akar umbi,pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat setempat itu sendiri". tambah beliau lagi "kalah atau menang itu adat resam pertandingan,yang kalah jangan merasa dirinya tiada peluang lagi,kerana gagalah kita semakin kuat berusaha untuk mencapai kejayaan minda dan segalanya" En Matbali Musah mengingatkan jenerasi muda supaya mengunakan tenaga serta usia muda untuk kebaikan diri dan Negara dengan melakukan kerja bermanfaat sertamenyertai pelbagai peluang dan program yang disediakan kerajaan bagi menambah nilai kepada ilmu dan kebolehan masing-masing.Gunakan tenaga dan usia kita untuk kebaikan diri dan Negara""Dalam menangani masalah gejala sosial yang terhasil akibat daripada kecenderungan mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah maka dengan program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengisian dan pengalaman yang kita perolehi dari berbagai pameran seperti pameran kesihatan, Polis, keusahawanban, penyalah gunaan dadah dan bermacam-macam lagi semua bertujuan untuk mencambah minda dan menjana " katanya berucap pada majlis pelancaran pertandingan dipengerusikan oleh En Paridin Bin Sitim yang dihadiri kira-kira 5000 orang. Lagu darah muda membawa tuah kepada Cik Haslina Binti Saidin dari kampung sungai tiga Mesapol dinobatkan juara nyanyian lagu-lagu 60an sempena sepakat Bestari & pra GATA 2009.

Jun 23, 2009

SEPAKAT BESTARI DAN PRA GATA 2009

Program sepakat bersama BESTARI bermula 26 hingga 28 jun 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) melibatkan semua jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turun padang bersama-sama pada masa tersebut.Pengisian: Senamrobik beramai-ramai di lorong Merpati dan perkarangan dewan serbaguna Sipitang dikendalikan oleh badan NGO dan komuniti Bestari dibantu oleh jabatan Penerangan Sipitang. Program dalam pengisian aktiviti ialah senamrobik selama 45 minit,derma darah,gerai pameran dari berbagai agensi jabatan kerajaan,pertandingan karaoke lagu-lagu 60an,pelancaran GATA dan pentarama. Tujuan, objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Bestari dan pemimpin,dan juga dikalangan ahli kumuniti Bestari itu sendiri.selain untuk mewujudkan mesyarakat cergas yang hidup dalam keadaan aman harmoni dan gaya hidup sehat. Acara ini dijangka akan dihadiri oleh YB.Datuk Sapawi Hj.Ahmad,YB.Tuan Hj.Ahmad Hj.Bujang dan pegawai kerajaan.Dijangka lebih 2000 orang akan menyertai acara ini terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pwlajar sekolah rendah, menengah dan orang awam.Program ini ini adalah sebagai persiapan menghadapi pesta GATA yang akan berlangsung pada 31 julai 2009.Program sepakat Bestari yang bakal berlangsung adalah jululung-julung kalinya diadakan.

Jun 18, 2009

MERAKYATKAN SENI SEBORNEO

Dibanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, Sabah dan Serawakmerupakan Negeri yang terbanyak sekali memiliki pruduk kebudayaan,pruduk budaya kini bukan sahaja mempunyai daya tarikan kepada pelancung akan tetapi ianya juga menunjang kearah pertumbuhan ekonomi.Dengan memiliki kepelbagaian tradisi dan budaya, Sipitang salah satu daerah di Sabah ternyata kaya dari segi budaya dan adat resamnya. Perbagai aspek kebudayaan ditonjolkan terutamanya tarian tradisi, permainan gasing tradisi, kohet, simban dan banyak lagi yang belum terungkai dari berbagai etnik suku kaum seperti Kedayan, Berunai, Murut Lundayeh, Lon Bawang, Bisaya. Untuk memastikan bahasa, budaya dan warisan seni untuk terus hidup subur setiap angota mesyarakat harus memikul tanggungjawab bersama dalam melestarikannya.
1 Malaysia 1 Bangsa, 1 Bahasa 1 Budaya

Jun 17, 2009

BERIADAH SAMBIL MEMANCING

Sipitang. 14 jun.2009.Pemuda selangkah pergerakan pemuda bergerak
selangkah kehadapan apa bila Ketua Pemuda Sipitang Tuan Hj.Hafez Bin Datuk Seri Penglima Musa melancar dan merasmikan program Sk Marintaman dalam aktiviti memancing yang diadakan di pantai taman Negara Marintaman.Hj.Hafez dalam ucapannya menyokong penuh aktiviti memancing seumpama ini,dengan adanya aktiviti seperti ini maka dapatlah kita bersuai kenal dan beramah mesra secara dekan dengan masyarakat setempat,baik antara guru dengan murit maupun bersama pemimpin.Secara positifnnya kita dapat mengelak dari budaya lepak dan pergaulan sosial yang tidak diingini.Disamping itu juga kita dapat merealisasikan gegasan 1 Malaysia hasil dari kerjasama,setiakawan dan kerjasama berkumpulan didalam menjalankan aktiviti yang sehat.Tambahnya lagi ketika menyempurnakan majlis pelancaran memancing di laut taman Negara dekat kg Marintaman pada 14 jun2009."kami sedia berkerjasama dan menyokong program/aktiviti yang boleh menyatupadu dan perpaduan dimasarakat majmuk.Penyertaan seramai 89 orang dan Puan Asmah Hassan 89 adalah peserta tertua ikut seta dalam pertandingan itu.Antara pegawai kerajaan yang hadir ialah En Jum Hj.Abas pegawai perikanan Sipitang.Lebih 300 orang menyaksikan pertandingan tersebut sambil beriadah.

BERANI HADAPI CABARAN GLOBALISASI

PERGERAKAN PEMUDA SIPITANG SELANGKAH MAJU KEHADAPAN "Berfikir lalu Berrehat selepas itu barulah Bertindak."
Setiap langkah yang kita lakukan hendaklah berasaskan lunas undang-undang dan perlembagaan Negara dan juga yang boleh diterima oleh Lojik Akal dan tidak lari dari Dalil Nas Alquran dan Al.Hadis.
: ASAS HADAPI CABARAN MASA KINI Menjengahnya tahun baru Islam 1428 Hijrah, ianya sentiasa mengingatkan kita peristiwa penting dan bersejarah dalam memperjuangkan agama Islam. Peristiwa itu bukan sahaja kerana bermulanya takwim Hijrah, tetapi ianya merujuk kepada penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Mekah ke Madinah, sesungguhnya ia mengandungi rahsia, keistimewaan dan konsep tersendiri
Allah s.w.t telah memerintahkan Rasulullah s.a.w berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana berlaku pada ketika itu perjuangan baginda dilanda tamparan cabaran dan himpitan yang dahsyat dan hebat dari penduduk musyrik Quraisy di Mekah.
Baginda tidak memilih untuk berdoa meminta kelapangan, kemudahan dan kesenangan yang sudah tentu dikabulkan Allah s.w.t, tetapi sebaliknya, baginda terus-menerus menempuh laluan perjuangan dengan sukar, berbahaya, dan berisiko tinggi dalam berdepan dengan pemburuan musuh, hanya untuk mencapai keadaan yang lebih baik dan penuh pengajaran serta pengiktibaran. Melalui perintah Hijrah inilah juga , Rasulullah s.a.w berusaha merancang dan bertindak menyusun strategi dengan penuh berhati-hati.
Dilihat di zaman era globalisasi tajaan kapitalis ini, penghijrahan seumpama hijrah Rasulullah s.a.w dan sahabat tidak berlaku lagi kepada umat Islam selepas Baginda, namun begitu, konsep penghijrahan kalangan umat Islam tetap diteruskan, ertinya : tiada lagi Hijrah kecuali Hijrah dari kejahatan kepada kebaikan dan daripada kebaikan kepada yang lebih baik. Firman Allah s.w.t dalam surah an-Nahl ayat 41-42 :t
Maksudnya : Dan orang-orang Yang berhijrah kerana Allah, sesudah mereka dianiaya (ditindas oleh musuh-musuh Islam), Kami akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempatnya Yang baik; dan Sesungguhnya pahala (amal mereka Yang baik itu) lebih besar di akhirat kelak, kalaulah mereka mengetahui. Mereka itu ialah) orang-orang Yang bersabar (menanggung kezaliman) dan berserah diri kepada Tuhannya.
Benarlah firman Allah ini, jika diteliti, direnungi dan dihayati, konsep Hijrah di era ini adalah ingin mengajak umat Islam kepada perkara yang baik, bermanfaat dan ke arah mempertingkatkan kepelbagaian dalam aspek kemajuan hidup. Justeru konsep Hijrah ini akan mampu meneguhkan dan memantapkan keimanan serta jati diri umat Islam dalam berdepan dengan pelbagai cabaran dan kemajuan.
Gesaan terhadap umat Islam untuk sentiasa bermuhasabah dan memperbaiki keadaan serta menurap sikap sensitiviti terhadap masyarakat tersangat perlu dari semasa ke semasa, bahkan ianya wajib dilaksanakan. Dalam usaha memperbaiki mutu kehidupan secara berterusan mestilah membawa erti menghayati pengertian Hijrah, ianya perlu bertepatan dengan tujuan konsep Hijrah Rasulullah s.a.w dan melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Seseorang dai’e hendaklah bersedia dan sanggup menempuh jalan berliku penuh dengan risiko untuk meraih kejayaan sama ada di dunia mahupun akhirat. Antara aspek penting dalam proses Hijrah berterusan ini ialah :
1. HIJRAH IMAN Usaha untuk mempertingkatkan iman mestilah melalui peringkat pembersihan hati dan jiwa dari sifat mazmumah yang tercela lagi keji kepada melazimkan dengan sifat mahmudah yang terpuji lagi disukai ramai. Dengan cara ini hati akan dipancari cahaya yang akan melihat kebesaran dan keagungan Allah s.w.t. Selain dari itu proses peningkatan iman juga perlu melalui banyak berfikir mengenai kejadian alam semesta, kejadian makhluk ciptaan Allah sentiasa mengingati tentang alam akhirat yang kekal abadi. Hati yang kuat bertaut dengan cinta Allah S.W.T akan berasa takut dan gentar kepada Allah s.w.t. Firman Allah Taala dalam surah Isra’ ayat 80 :
Maksudnya : Dan pohonkanlah (Wahai Muhammad, Dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! masukkanlah daku ke Dalam urusan ugamaku Dengan kemasukan Yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya Dengan cara keluar Yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaKu dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan Yang menolongku", Oleh itu, selaku bakal pendakwah agama Allah, jiwa mestilah thabat, bersih, cekal dengan tautan yang kuat dengan Allah s.w.t. Keimanan dan takwa yang jitu akan mendapat tempat yang mulia di sisi Allah s.w.t.
2. HIJRAH ILMU Dalam suasana dunia kini penuh dengan konflik, kekacauan, haru biru, cabaran dari sudut ilmu juga merupakan perkara penting yang banyak dibahaskan dan menjadi persaingan yang hebat di kalangan masyarakat, khususnya masyarakat terpelajar dan profesional. Sesungguhnya ilmu itu cahaya, jahil itu berbahaya. Ungkapan ini mempunyai maksud yang dalam. Kejahilan yang menyelingkar kehidupan manusia hari ini sukar untuk diungkap dengan kata-kata lagi, sudah terbukti bahawa kejahilan adalah musuh yang membawa kepada pelbagai natijah buruk dan songsang kepada masyarakat manusia.
Firman Allah Taala dalam surah az-Zumar ayat 9, maksudnya:"Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?"
Firman Allah Taala dalam surah az-Zumar ayat 9, maksudnya:"Adakah sama orang-orang Yang mengetahui Dengan orang-orang Yang tidak mengetahui?"
Sesungguhnya ketahuilah, hanya dengan mengamalkan kesyumulan Islam, umat Islam boleh mencapai pelbagai kejayaan dan kemajuan hidup. Konsep Hijrah Ilmu ini jika diamalkan secara terus-menerus mencari dan mempertingkatkan daya pengetahuan ilmu agama sehingga ke tahap yang lebih tinggi di samping tidak mengetepikan kepentingan menguasai thaqafah am dengan meluas terutama dalam politik, ekonomi, sosial dan kepimpinan.
Kelemahan umat Islam hari ini mendepani cabaran semasa kerana lemahnya daya fikir berhubung kait dengan kelemahan menguasai ilmu agama dan thaqafah am. Umat Islam hari ini telah ditindas, ditipu, dan tidak berupaya membentengi diri dari muslihat musuh, malah bukan setakat itu sahaja bahkan lemah juga dalam menilai kepelbagaian budaya positif dan negatif. Jadi, tidak hairanlah betapa ramainya remaja muslim rosak akhlak, berpeleseran, dan mudah terjebak dengan unsur-unsur negatif dalam kehidupan mereka. 3. HIJRAH AMALTerdapat dalam mafhum hadis Nabi s.a.w yang menyatakan : “ Sebaik-baik amal adalah berkekalan biarpun sedikit”. Harus difahami, bahawa ungkapan ini tidaklah dimaksudkan oleh Baginda supaya mengurangkan amalan. Ianya membawa pengertian perbandingan iaitu amalan sedikit tetapi konsisten lebih baik berbanding dengan membuat amalan yang banyak tetapi tidak konsisten, bahkan yang lebih baik adalah membuat banyak amalan berserta konsisten.
Sebagai pendakwah, contoh teladan harus dimulai dengan diri sendiri terlebih dahulu. Rasulullah s.a.w adalah qudwah pertama bagi dai’e dalam memperjuangkan agama Islam, sahabiah dan ummahatul mukminin adalah qudwah kedua kita. Oleh itu persediaan menurut ilmu dan amal ini mestilah seiringan. Oleh kerana itu kita meminta supaya dijauhkan oleh Allah S.W.T seumpama keadaan yang disebut di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, sekira maksudnya : Daripada Abu Zaid Usamah bin Zaid bin Harithah radiallahuanhuma berkata : “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang seorang lelaki pada hari kiamat nanti lalu dilemparkan ke dalam api neraka sehingga terkeluarlah isi perutnya, kemudian ia berpusing-pusing (di tengah-tengah unggunan api neraka) seperti berpusingnya seekor keldai di tempat penggilingan gandum. Para penghuni neraka terkejut melihat kejadian itu lalu mereka segera berhimpun di sekelilingnya dan berkata kepadanya : “hai fulan! Mengapa engkau jadi begini? Bukankah dahulu (sewaktu di dunia) engkau suka menyuruh orang berbuat kebaikan dan melarang mereka daripada berbuat kemungkaran?” lalu dia menjawab: “ya benar, dahulunya saya suka menyuruh orang lain berbuat kebaikan, tetapi saya tidak melakukannya, dan saya suka melarang orang lain daripada kemungkaran, tetapi saya sendiri melakukannya”. Hijrahkanlah diri terus-menerus ke arah ketinggian Islam. Seiringkan iman, ilmu dan amal dalam perlakuan kita seharian, kematangan harus dipupuk dengan berfikiran rasional dan terbuka, tetapi tidaklah sehingga terkeluar dari batasan syara’. Semua ini adalah untuk menuju ke arah kesejahteraan dan kemurniaan hidup sebagai umat Islam umat yang terpilih. Genggamlah ungkapan ini “ Di mana bumi dipijak di situ Islam dijunjung”. Jangan lupa duhai muslimah srikandi pejuang Islam, di bahu kita sarat dengan tanggungjawab pengislahan dan pembelaan terhadap Islam, jangan sesekali memilih zon selesa walau beribu rintangan mendepani kita, kita akan kuat jika kita berani, halusilah ia dengan ilmu yang mantap ke arah persediaan yang utuh. Bersedialah menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.
Sumber: Oleh: Rahmah Abdullah
Malaysian Studen Syria -salam perjuangan- .

Jun 16, 2009

SENTUHAN (PERSONAL TOUCH) MEMBAWA KESAN POSITIF

MENJANA SUMBER INSAN CEMERLANG TERBILANG DAN GEMILANG
Jenarasi baru perlu dijana untuk melahirkan modal insan yang sempurna bagi menjana masyarakat majmuk beretika dan berwawasan. Acuan dan budaya tempatan kerap dicemari unsur yang merosakan ketika pelbagai pihak berusaha membawa golongan jenerasi muda/belia di negara ini kearah menjadi jenerasi positif, progresif, dinamik serta disemai dengan nilai moral yang murni. Ingin melihat masa depan suatu Bangsa dan Negara, kita lihatlah kepada keadaan dan situasi belia / jenerasi baru di masa kini. Hampir mencecah 27 juta rakyat Malysia, separuh daripadanya adalah belia jenerasi baru.

KEPRIHATINAN

Ketua Pemuda Haji Hafez bersama Ahli Perliman YB.Hj.Sapawi Hj.Ahmad sama-sama turun padang secara personel tuch (secara dekat) melawat kerumah orang kampung yang daif dan sakit secara bersemuka.Atas keperihatinan ini wajar dicontohi.