Oct 23, 2009

PROGRAM-INDUSTRI SEKTOR PERLADANGAN

LUMADAN – Ramai belia di negeri ini khususnya di P178 Sipitang kurang berminat mahu menceburi bidang perladangan kerana mereka beranggapan bahawa pendapatan yang diperoleh terlalu rendah dan tidak berpatutan.Masyarakat tempatan terutama golongan belia Melayu yang masih belum mempunyai pekerjaan tetap kerana bidang perladangan juga berpotensi tinggi menjana ekonomi sara diri, keluarga seterusnya kepada negara.“Ramai tidak tahu bahawa pendapatan dalam bidang ini adalah antara yang lumayan dan kita juga seharusnya tidak menyempitkan pemikiran mengatakan kerja perladangan hanya tertumpu kepada kerja ladang semata-mata, akantetapi bidang ini juga terbabit dengan bahagian pentadbiran.“Saya sangat berharap remaja golongan muda yang masih belum bekerja atau sedang mencari kerja supaya dapat menceburi bidang ini kerana banyak kemudahan dan perkhidmatan turut disediakan kepada mereka yang terbabit,” ucapan Sapawi menyuntik semangat kepada para belia yang hadir program pengalakan pekerja tempatan disektor perladangan di Dewan seri Dayang Beaufort hari ini. Lokman Nor Adam Exco Pemuda Umno Pusat berkata semasa sesi ceramah, “perkembangan itu menyebabkan majikan ladang terpaksa mengambil alternatif lain dengan membuka peluang kepada pekerja asing”.Beliau berkata demikian ketika mengulung ucapannya di majlis itu, mengenai banyak jawatan kosong dalam sektor perladangan, namun hanya terlalu sedikit bilangannya rakyat tempatan yang berminat memohon.Pergantungan sektor perladangan negara kepada tenaga kerja asing akan mampu ditangani apabila kerajaan kini giat berusaha menarik minat belia bagi mengisi keperluan dalam sektor berkenaan, kata Sapawi ketika merasmikan program pengalakan pekerja tempatan disektor perladangan anjuran JTK Sabah. Pejabat MP Sipitang (N27 Lumadan),Biro Penerangan pemuda Umno Sipitang pada 24 Oktober 2009 Dewan Sri dayang Beaufort. Menurut salah seorang peserta yang hadir, rakyat di negeri ini perlu mengubah pemikiran mereka kerana bekerja di sektor perladangan juga mampu memberi pendapatan lumayan selain faedah perkhidmatan serta gaji yang ditawarkan adalah menarik iaitu kategori pekerja paling rendah menerima gaji bersih RM600 sebulan, sementara pekerja mahir dan separa mahir menerima antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan. Lebih 500 orang hadir semasa Program penggalakan pekerja tempatan disektor perladangan yang dirasmikan oleh YB.Datuk Sapawi Hj.Ahmad, anjuran JTK Sabah. Pejabat MP Sipitang (N27 Lumadan),Biro Penerangan Pemuda Umno Sipitang pada 24 Oktober 2009 Dewan Sri dayang Beaufort dipengerusikan oleh Matbali@Ali Musah Naib ketua Pemuda Umno merangkap Pegawai Perhubungan Umno P178 sipitang. OBJEKTIF 1- Mengalakan pekerja tempatan mencaburi sector perladangan. 2- Mewujudkan kerjasama dengan pihak swasta bagi member peluang pekerja tempatan bekerja di sector perladangan. 3- Memberi pendedahan tentang wujudnya Pusat Maklumat Luar Negara (MOEMC) Penulis:-Pertanian itu perniagaan (Is True)Tanah ada 1 setengsah ekar masih ganding 3 nama,maka saya tanam la sayur kat pasu bunga keliling rumah.Hanya itu yang mampu saya berjasa pada tanah. ”TANAH PUN TAHU BALAS JASA KITA BILA KITA BERBUDI PADA TANAH”

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com