Nov 7, 2009

Kastam Membangun Khazanah

-
-
Sipitang, Kampung Kuala Mengalong telah dipilih untuk Majlis Khidmat Bakti Masyarakat Kastam Diraja Malaysia sabah (JKDM) di Sipitang.
Program bermula seawall pagi jam 7.30,beberapa buah kampong yang terlibat menjayakan program ini berkerjasama menyusun atur majlis yang di lancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Sapawi Haji ahmad Ahli Parliament Sipitang, Hadir sama dalam majlis itu Yang Berbahagia.Datuk Hj.Md Yusop Hj.Mansur,pengarah Kastam Sabah,Yang Berbahagia,Datuk Hj.Hassim Bin Pardi,Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia bahagian Penguatkuasaan,Yang Berbahagia Liah Omar,Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah,Ketua-ketua jabatan kerajaan.Hampir seribu orang datang kemajlis khidmat bakti dari sekitar kampung yang berdekatan.
Datuk Sapawi menyeru rakyat supaya dapat bersama berganding bahu membantu kerajaan,saling sokong menyokong memberi maklumat yang melibatkan kepada kemusnahan kepada masyarakat, negeri seterusnya kepada Negara.Kerana ini menyebabkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini berlaku.Masyarakat perlu bangkit bersatupadu sama-sama menyokong kerajaan dalam membantras kegiatan seperti penyeludupan,barang palsu dan sebagainya yang berkaitan dengannya.
Program Khidmat Bakti Masyarakat berlangsung selama 3 hari bermula 06 November hingga 08 November 2009.Sukan air,sukanika berlangsung selepas upacara perasmian dan pertandingan bintang karaoke disebelah malamnya menyerikan lagi majlis itu yang bertujuan menghampiri masyarakat setempat secara dekat antara Pemimpin,Pegawai Kerajaan dan orang kampong. Dalam pada majlis itu sumbangan kepada anak yatim,warga emas,ibu tunggal dan miskin tegar telah di sempurnakan oleh Datuk Sapawi. sumbangan dari JKDM. Ahmad Bin Haji Sembilan,Ketua Kampung Kuala Mengalong, mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana memilih kampungnya untuk melaksanakan program Khidmat Bakti, ”Saya mewakili penduduk kampong rasa sangat berbesar hati dan berbangga kerana dihadiri oleh pemimpin dan ketua-ketua jabatan kerajaan datang ke-kampung ini, bukan saja kami dapat berjumpa dan beramah mesra secara dekat dengan pemimpin dan pegawai kerajaan,kami juga dapat menimba menambah ilmu pengalaman dari hasil penarangan dan ucapan yang menyuntik semangat penduduk kampong bagaimana mentangani masaalah penyeludupan dan anasir-anasir kurang baik yang menyebabkan bertambahnya gejala social yang tidak sihat.”kata-kata bersemangat dan luahan ketua kampong Kuala Mengalong semasa sesi temubual petang tadi.Sk Kuala Mengalong juga tidak ketingalan menerima sumbangan dari Jabatan Kastam(JKDM),Jalan batu kelikir (Clusurun) menusur dari jalan utama ke sekolah tersebut telah dibaik pulih.En Ramle Mohammad, guru besar sekolah tersebut mengucapkan sekalung budi dan terimakasih kepada JKDM atas sumbangan yang diberikan untuk kemudahan penduduk kampung dan khasnya pelajar sekolah Kuala mengalong.
Matlamat Program Bakti masyarakat, Menjalinkan persefahaman dan muhibah diantara Kastam Diraja Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan,Ketua-ketua masyarakat dalam mencegah penyeludupan dan penyelewengan hasil Negara.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com