Sep 12, 2009

Usrah Ramadan

Sipitang:-11.09.2009 Jumaat, Usrah dan Tazkirah Ramadan di Masjid Kg.Pantai ketiga-tiga pemimpin Sipitang sama-sama turun padang. Pada majlis itu.Hadir sama Yb.Hj.Amat Hj.Bujang, adun Sindumin. Yb.Kamarlin Hj.Ombi, adun Lumadan, Datuk Utuh said Hj.Musbah,Penolong pengarah JASA Negeri Sabah,Hj.Hafez,Ketua Pemuda Sipitang,Matbali Musah,Naib Ketua Pemuda Sipitang,Puan Maimunah Sidek,ketua Puteri Sipitang, Unit UPKR dan pegawai-pegawai kerajaan bersama penduduk setempat. Majlis Usrah Ramadan disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk sapawi Haji Ahmad Ahli Perlimen sipitang merangkap Exco Penerangan UMNO Negeri sabah.
Pada majlis itu Datuk Sapawi telah menyampaikan sumbangan Baitulmal dan sumbangan peribadi kepada ASNAF,Warga emas,Ibu tunggal dan anak yatim juga duit Raya kepada anak-anak penduduk setempat yang disempurnakan oleh ketiga-tiga yang berhormat.
JIKA seorang teman yang anda kasihi,sanjungi dan menghubungi anda menyatakan hasratnya ingin berkunjung ke rumah anda serta singgah untuk beberapa hari, apakah yang akan anda lakukan sempena kedatangannya dan apakah perasaan anda?Tentunya anda sangat gembira, menyediakan persediaan bagi menerima kunjungannya dengan mengemas rumah dan mengadakan keperluan yang sepatutnya bagi tetamu tersebut.Bukankah begitu yang selayaknya anda dan teman-teman lakukan?Jika demikian, bagaimana pula jika yang akan datang menjenguk anda bukan sahaja dikasihi oleh diri sendiri, bahkan ia dikasihi oleh Allah SWT, Nabi Muhammad SAW dan sekelian orang yang beriman?Tetamu yang akan berkunjung ini membawa bersamanya sepanjang siang dan malamnya kebaikan dan keberkatan daripada Allah. Ia adalah bulan Ramadan yang mulia, bulan berpuasa dan bertadarus al-Quran, bulan tahajud dan qiamullail, bulan kesabaran dan ketakwaan, bulan keampunan dan kebebasan daripada api neraka.Padanya terdapat suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan (malam LAILATUL QADAR), bulan pemasungan syaitan, penutupan pintu-pintu neraka dan pembukaan pintu-pintu syurga. Bulan gandaan pahala dan berkat untuk segala ketaatan dan kebaikan yang dilakukan.Itulah sifatnya tetamu mulia ini, kerana itu amat wajarlah bagi kita - orang yang mengetahui kehebatannya, menyambutnya dengan cara terbaik, bersedia untuknya dengan menyiapkan dan membiasakan diri kita beramal padanya, moga-moga kita mendapat faedah daripada kunjungannya dan apabila ia pulang, jiwa raga kita telah bersih dan suci dengan limpahan rahmat Allah SAW.Oleh kerana itulah para ulama terdahulu menghargai tetamu ini dan diceritakan bahawa mereka memohon Allah melanjutkan usia mereka supaya dapat bersama bulan Ramadan sepanjang enam bulan sebelumnya, apabila ia berakhir mereka menangis sayu di atas pemergiannya dan berdoa agar Allah menerima amalan mereka bagi bulan Ramadan sepanjang beberapa bulan selepas itu.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com