Sep 13, 2009

Ziarah Ramadan Kg.Tanah Merah Melamam

Gambar atas:-En Alidin Mohammad,Setiasausaha Bahagian menyampaikan Wakaf berupa Naskah Al.Quran dan Sajadah kepada En Durrahim Runa pengerusi Masjid Sg.Tiga .Sumbangan tersebut di sumbangkan oleh Yb.Dtk.Sapawi Hj.Ahmad ........
Sipitang:-Kampung Tanah Merah Melamam, 12 september 2009, kunjungan Pergerakan Pemuda Sipitang dalam program ziarah Ramadan ke Kampung Tanah Merah Melamam disambut penuh mesra oleh penduduk setempat. Dalam masa Ziarah/kunjungan tersebut, Yamani Hafez,ketua Pemuda Sipitang menyampaikan sumbangan Wakaf masjid berupa barangan alat pembesar suara.Imam Haji Jubal,imam surau tersebut mengucapkan berbanyak terimakasih yang tidak terhingga atas sumbangan alat pembesar suara untuk surau dan kunjungan pergerakan Pemuda sipitang ke Kampung Tanah Merah dan berharap kunjungan itu bukanlah kunjungan pertama dan kali terakhir, beliau mengharapkan selepas ini ada lagi kunjungan muhibah para pemimpin datang turun padang menghampiri penduduk kampung yang agak terpencil dan jauh di pedalaman.Selepas berjemaah sembahyang maghrib pergerakan pemuda bersungkai bersama penduduk setempat merapatkan lagi hubungan siraturahim antara pergerakan Pemuda Sipitang dengan para penduduk kampung .Turut hadir pada majlis itu Tuan Jamaludin Ali,OCPD Sipitang,tuan Kassim Muntul,Pegawai Lambaga Tabung Getah,SUK Pemuda Sipitang,Bady, Mahathir,SUK pemuda, Zulhaimi Asbi,PSUK Pemuda, Helmy, Ag.Mohammad,En Paridin dan ajk lainnya berserta ahli rombongan pegawai-pegawai kerajaan dari Kotakinabalu.
Secara ringkas:- Islam menganjurkan adalah sebagaimana berikut:
1. Berdoa.. semoga Allah melanjutkan usia kita, dimurahkan rezeki, sehat tubuh badan dan dapat menyambut bulan Ramadan sebagaimana yang diamalkan oleh para Alim ulama silam, di samping memohon pertolongan agar dapat berpuasa, qiamullail dan beramal soleh padanya dalam keadaan tubuh badan yang sihat.2. Membersih diri dan bersuci (istinja), iaitu membersihkan diri dan jiwa dengan taubat daripada segala dosa dan maksiat. Taubat ini adalah wajib pada setiap waktu. Taubat bukanlah sekadar meninggalkan perbuatan dosa. Bahkan ia memerlukan pengembalian seluruh jiwa raga kepada Allah s.w.t pencipta alam semesta.3. Menyediakan diri bagi menyambut kedatangan Ramadan dengan menunaikan ibadat puasa sunat pada bulan Syaaban serta amalan kebaikan lain. Ia merupakan bulan diangkatkan segala amalan manusia kepada Allah s.w.t.4. Antara perkara penting ialah mempelajari hukum-hakam puasa, mengetahui sunah Nabi SAW serta hukum hakam puasa sebelum menghampiri bulan mulia bulan Ramadan.5. Agenda seterusnya ialah menyediakan jadual ibadah untuk bulan yang mulia itu dengan program-program yang memenuhi waktu yang amat berharga bagi diri kita, keluarga, rakan-rakan dengan membaca al-Quran, tadarus, qiamullail, menyediakan juadah berbuka puasa untuk mereka, mengerjakan umrah, iktikaf, bersedekah, berzikir, membersihkan jiwa dan raga, dan seterusnya.Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu namanya ‘al-Rayyan’. Orang yang berpuasa masuk syurga melalui pintu itu. Orang lain tidak akan memasukinya. (riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com