Aug 8, 2009

Persidangan Pemuda UMNO Bahagian

Sipitang:- Sabtu-08 Ogos 2009 jam 2 petang tempat Dewan Mesapol, Persidangan Pemuda UMNO Bahagian P178 Sipitang bersidang hari ini. “Mendekati rakan sebaya, Programkannya untuk menambah mendaftarkan ahli baru pemuda daan puteri supaya kita dapat mempertahankan UMNO masa pemilihan mendatang, programkan untuk menyebarkan maklumat kepada jenerasi baru supaya mereka lebih menghayati apa erti perjuangan kepimpinan yang diterajui masa ini.Buatlah program yang berfaedah mengikut suasana” ucapan dasar Datuk Haji Sapawi Haji Ahmad berupa konsep yang perlu di terapkan kepada perjuangan Pemuda Putera Puteri semasa merasmikan persidangan pemuda UMNO P178 2009 dan seterusnya melancarkan Laman Web Pemuda yang pertama di Sabah. (http://www.pemudasipitang.com.my/) Blog :-Aktiviti dan Pemuda Sipitang(http://pemudasipitang.blogsport.com/) dan Blog:-Datuk Sapawi Hj.Ahmad. Sementara itu, beberapa cawangan Umno lebih memberi tumpuan kepada masalah dalaman parti dan setempat bagi memulihkan semula semangat ahli Mereka akui hakikat bahawa memulihkan semangat ahli dan penyokong di peringkat akar umbi menjadi keutamaan berikutan pelbagai tekanan yang dihadapi terutamanya selepas peristiwa pilihan raya umum yang lepas.Ketua Pemuda Umno P178 Sipitang Haji Yamani Hafez mengakui hakikat bahawa semangat ahli dan pemimpin Umno di peringkat akar umbi perlu dipulihkan semula, para pemimpin dan ahli Umno di peringkat akar umbi perlu gembelingkan tenaga yang lebih kuat berbanding sebelumnya memandangkan beberapa buah negeri di Malaysia dikuasai oleh pembangkang.“Zaman sekarang jauh berubah dari zaman perjuangan sebelum kemerdekaan, masa kini perjuangan Zaman Siber Elektronik Global, perang saraf berlaku di mana-mana melalui media Blog dan Web, dunia yang luas menjadi menjadikannya lebih hamper, jadi pemuda dan puteri/wanita harus menjana ekonomi, pendidikan, menerapkan ilmu dan minda perubahan (tranformasi) dan harus diserafkan kepada rakan sebaya sebagai contoh pelajar lepasan sekolah menengah dan intitusi pengajian tinggi.”Tambah Datuk sapawi masa ucapannya pada majlis itu. Oleh sebab itu Pemuda P178 Sipitang telah sebulat suara bersepakat membuat laman Blog dan Web yang telah di lancarkan secara rasminya pada 08.Ogos 2009 (Sabtu)di saksikan Ketua Puteri UMNO Puan Maimunah Sidek, Datuk Surinam Sodikon Ketua Wanita Bahagian, Ishak Haji Ibrahim wakil Katua Pemuda Negeri, Pegawai Kemajuan Rakyat Tuan Abd.Rahman Mohd.Noh dan para pemerhati, perwakilan yang hadir pada persidangan tersebut.Umno akar umbi ianya lebih menjurus kepada pergerakan pemuda perlu mengenepikan segala masalah dan kepentingan peribadi dalam usaha meraih sokongan pengundi dan menambah ahli baru di kawasan mereka (masing-masing).Ketua pemuda Tuan Haji Yamani Hafez juga menyuarakan bahawa zaman sekarang adalah zaman perlumbaan meraih dan menyuntik minda masyarakat melalui SIBER (Internet).Kerana gerbang generasi baru banyak terdedah dan cenderung kepada laman-laman blok dan Web untuk mencari bahan dan sumber maklumat.Para pemimpin Umno akar umbi perlu menunjukkan semula perpaduan kukuh bagi memulihkan semula sokongan rakyat terhadap parti ini.Isu perpecahan ahli di kalangan akar umbi perlu dihentikan serta merta jika ahli UMNO benar-benar mahu memulihkan semula semangat Waja untuk berhadapan dengan ahli pembangkang.” Pemuda berani dan berani berubah” Saudara Matbali Musah semasa ucapannya sesi penangguhan dan penutupan majlis persidangan pemuda UMNO P178 Sipitang.Kerana itu perlu diberikan perhatian serius oleh kepemimpinan UMNO bahagian dan kepemimpinan Umno tertinggi supaya kita sama-sama berganding bahu bersama Pemuda, Puteri dan bahagian meneruskan perjuangan UMNO yang murni dengan lebih mantap dan berkesan. Pimpinan akan mempastikan pembangunan di semua peringkat yang menyeluruh, Mesyuarat persidangan pemuda yakin sokongan rakyat terhadap UMNO dan Barisan Nasional akan lebih utuh jika pemimpin tertinggi bersedia turun ke bawah (turun padang) dengan lebih kerap lagi dan bersedia bersemuka dengan ahli di peringkat akar umbi bagi mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh masyarakat hingga ke akar umbi.Segala maklumat balas perlu dilakukan secara dua hala agar setiap isu dan kerja dilakukan secara telus serta berkumpulan Umno di peringkat akar umbi perlu mempunyai jati diri dan keyakinan yang teguh terhadap parti mereka yang telah memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara sekian lama.Kita mengharapkan ahli Umno terus mempunyai semangat dan disiplin yang kental serta teguh bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum akan datangPemimpin terutamanya di kalangan generasi muda yang seronok dengan jawatan mahupun kelompok tertentu perlu merubah dengan segera. Sekarang adalah masanya untuk kita bekerja dan berkhidmat dan bukannya seronok dengan jawatan dan kelompok masing-masing.”Pemuda Bersemangat Waja,Berani dan Berani Berubah”"kita harus mengamalkan sikap itika politik HATI NURANI BUKANNYA POLITIK EMOSI". Kata-kata ungkapan ajaib Naib Ketua Pemuda En Matbali Musah dihari persidangan tersebut.
MATLAMAT PERSIDANGAN
Sebagai memenuhi kehendak Perkembangan Malaysia yang mesti dilaksanakan oleh emua pertubuhan pada setiap tahun.
OBJEKTIF
-Memberi pendedahan,latihan dan bimbingan kepada para ahli Pemuda bagi mengurus diri, merancang dan menjayakan matlamat pertubuhan.
-Melahirkan barisan kepimpinan Pemuda kelas pertama serta mempunyai perasaan kasih sayang,hormat menghormati, menepati masa dan menghormati pemimpi
Kehadiran diangarkan seramai 200 orang termasuk pemerhati.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com