Aug 1, 2009

GATA 31.Julai-2 Ogos 2009 Sangat meriah

GATA:-31 Hingga 2 Ogos 2009, Sipitang – Bintang GATA, Pertandingan Gasing Tradisi, Gasing Pangkah, Gerai pameran, Gerai pameran dari pelbagai agensi kerajaan dan NGO, Gerai pameran Suku Kaum, Lansaran dalam Festival GATA 2009 - acara yang mempersembahkan kebudayaan dan kesenian di Sipitang sekali lagi memukau beribu-ribu penonton yang datang menyaksikan persembahan penuh warna-warni di kawasan lapangan astaka bola sepak dan sekitar kawasan pekan sehinggalah ketepi laut. Pelancaran Festa GATA Sipitang (Gasing dan Tamu) 2009 yang berkonsepkan MELESTARIKAN WARISAN BUDAYA dengan tema DAIE Sipitang Kuan Biskita disempurnakan oleh Yang Berhormat Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Penglima Musa Haji.Aman Hadir sama Yang Berhormat Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad (selaku penganjur Festa GATA) Yang Berhormat Haji Ahmad Bin Bujang Adun N28 sindumin,Yang Berhormat Kamarlin Bin Ombi Adun N27 Lumadan dan tetamu-tetamu jemputan lain. Sebaik sahaja Yang Berhormat Menteri merasmikan acara itu, Dataran Sipitang bermandikan cahaya dan Gasing terpacu keluar dari kurungan (sangkar) diikuti persembahan kebudayaan daripada pelbagai kumpulan budaya etnik seluruh daerah Sipitang Menggunakan tema yang sama, seramai 500 orang terdiri daripada Band Kayu Sadaman, pesilat, pemain Kulintangan Kayu sadaman dan Kompang,Gulintangan buntut Gas mengadakan persembahan dengan penuh suasana harmoni yang menampilkan pelbagai alunan muzik moden ,tradisional serta persembahan memusing gasing bersama Ketua Menteri bersama pelajar sekolah seramai 1100 orang, Dengan berpakaian penuh berwarna-warni, mereka mempersembahkan kebudayaan Kedayan, Berunai, Lundayeh, Lun Bawang, Murut, Kadazan Dusun, Bajau, Bisaya dan Cina dengan mendapat tepukan gemuruh daripada kira-kira 15,000 penonton yang membanjiri segenap sudut di kawasan Festa tersebut. Festa GATA (Gasing Dan Tamu) di adakan 2 tahun seakali. sebelum ini diadakan Festa yang sama pada tahun 2003, 2005, 2007. Para penonton juga turut dihiburkan oleh persembahan artis-artis terkenal tempatan seperti Nadia, Adam,Abey,Asmin Musin, Joana Rampas, Abu Bakar Elah dan artis setempat dari Sipitang.Ribuan rakyat Sipitang pula berkesempatan menyaksikan acara lebih 20 minit percikan bunga api yang penuh warna warni pada malam terakhir festa tersebut. Sementara itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Haji Musa Haji Aman berkata, Festa GATA (gasing dan Tamu) Sipitang yang diperkenalkan pada bulan Ogos 2003 telah membuktikan Sipitang adalah satu daripada destinasi pelancongan berwarna-warni, kebudayaan, kemuafakatan dari berbagai etnik sukuan yang menarik di rantau ini. Sipitang cuba menonjolkan pelbagai bentuk persembahan kebudayaan Seni dan Warisan lain terutamanya dari Kota Kinabalu iaitu persembahan Tarian Singa WORLD OF CHAMPION sejajar dengan moto MELESTARI WARISAN BUDAYA. Menurut Datuk Sapawi lagi, Festa GATA pada tahun ini membawa kelainan berbanding tahun-tahun sebelumnya dengan memberi peluang kepada pelancong mengenali pelbagai jenis makanan, kebudayaan dan kraftangan tradisi masyarakat terutamanya persembahan muzik Band Kulintangan Kayu Sadaman telah di Elektronikkan dan yang pertama di rantau ini. Malah katanya, beberapa pengisian acara Festa GATA tahun ini telah diatur bagi menarik lebih ramai pelancong datang ke daerah ini antaranya acara Sukan laut, pertandingan pancak silat, Sukaneka, melastik, tarik tali yang penyertaannya dari Negara Brunei Darussalam dan Negeri Serawak, pertandingan Gasing Pangkah, Gasing Tradisi penyertaan dari Negara jiran Singapura juga turut serta,,Peragaan Ratu Kebaya, Bintang GATA, Malam GALA (Jemputan artis tempatan), Persembahan Gambus, persembahan tarian suku kaum dari daerah Sipitang, “Inilah keistimewaan yang kita miliki dan muafakat serta sepakat antara kaum inilah yang bukan sahaja harus kita pertahankan tetapi perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa,” kata Sapawi yang amat mengagumi persefahaman serta peraduan kaum yang diperlihatkan. Hakikatnya cetusan penganjuran Gata itu sendiri adalah berasaskan kepada persefahaman dan perpaduan kaum yang diperlihatkan dan Sapawi sendiri merupakan pencetus idea kepada penganjuran program yang telah disenaraikan dalam kalendar pelancongan negeri.“Tanpa kerjasama, mufakat dan sepakat itu, tentu sekali Gata yang dianjurkan bukan sahaja tidak meriah tetapi juga tidak akan mampu mengangkat Sipitang sebagai sebuah daerah yang kaya dengan pelancongan tradisi,” katanya. (Tek ucapan Datuk sapawi Bin Haji Ahmad-:Sumber tek ucapan dari Dzul) Impak yang ketara dari Festa GATA 2009 selain dari kerja sama dan kemuafakatan dari semua sukuan (suku kaum) ia juga MENJANA EKONOMI MASYARAKAT.Berkat kepimpinan Pemimpin telah menghasilkan Budaya Berkerjasama dan Kemuafakatan yang Harmoni telah Berjaya mengangkat Martabat Sipitang ke persada Antarabangsa. Penyatuan dari berbagai Suku Kaum (Etnik) dan Budaya GATA Sipitang Sumber Inspirasi 1 Malaysia

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com