Jul 21, 2009

BINTANG GATA 2009

Sunguh banyak rakan yang bertanya, bagaimana mahu merealisasikan impian mereka untuk menjadi peyanyi. Jawapannya, cita-cita itu memang tidak mudah atau tidak semudah yang disangka.
Melihat kepada latar belakang penyanyi tempatan, kebanyakan daripada mereka lahir daripada dunia muzik, peragaan, pengiklanan, pementasan atau menerusi program pencarian bakat lain. Namun bagi orang kebanyakan, impian untuk menjadi seorang penyanyi sebenarnya amat sukar akan tetapi yang boleh menyanyi tersangatlah ramai.
Namun, jangan berasa kecewa kerana GATA Sipitang telah mengambil inisiatif untuk mencungkil bakat-bakat dalam program Festa GATA iaitu Bintang GATA. Melalui program ini, pihak penganjur memberi peluang dan mencari pelapis baru untuk industri penyanyi.
Penganjur malam Gata dan Gala baru menghabiskan sesi uji bakat di Dewan Serbaguna Sipitang pada 18.07.2009 seramai 100 peserta telah tampil untuk mencuba nasib. Namun, daripada jumlah itu, hanya 30 orang yang dipilih untuk sesi saringan.
Di kalangan 30 peserta itu pula, hanya 10 peserta solo akan dipilih untuk masuk keperingkat akhir .Manakala berkumpulan, lima kumpulan sahaja di ambil daripada 7 kumpulan yang mengikuti semasa sesi pemilihan.
Menerusi program ini, diharap mereka (peserta) pertandingan boleh memahami segala komitmen serta memiliki sahsiah diri untuk melahirkan bakat yang boleh digunakan pada masa akan datang.
Masa dalam proses mencari 30 peserta solo dan 5 peserta berkumpulan yang layak, ramai daripada mereka yang hadir amat berbakat terutama dari Negeri Serawak, Miri, Limbang,Lawas Kota Kinabalu, Keningau,Tenom, Kota Belut. Malah ada juga daripada mereka tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam dunia nyanyian.
Pertandingan Bintang Gata akan diadakan pada 31 Julai 2009 bermula jam 8 malam bertempat dipentas utama astaka Padang Bola Pekan Sipitang.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com