Jul 1, 2009

MAJLIS PERPISAHAN DAN PENYERAHAN PELAJAR SAN

Beaufort:-01 julai 2009, Majlis perpisahan dan penyerahan pelajar Sekolah Agama Negeri ke Sekolah Agama Negeri Kg, Bingkol Beaufort telah diraikan oleh guru dan pelajar sekolah.Antara jemputan yang hadir,tuan Imam Rambang Hj.Muhamad,Ust.Suhariman Hj.Sulaiman guru besar San Pekan Beaufort,En Matbali Musah YDP PIBG San Pekan Beufort,Tuan.Hj.Jusih Hj.Sarin penyelia pendidikan sekolah-sekolah agama Jheains bahagian pendalaman Beaufort, Tuan.Hj.Mohd.Taip Kassim nazir sekolah-sekolah agama Jheains bahagian pendalaman Beaufort. Antara intisari ucapan En Matbali Bin Musah yang dipertua PIBG San Beufort menyatakan Pendidikan merupakan antara ciri ketamadunan sesuatu bangsa. Masyarakat bertamadun adalah mereka yang terdidik dan berilmu. Mentaliti masyarakat diukur dengan mutu pendidikan yang diterima. Namun, pendidikan memerlukan kepada satu sistem agar ia mampu disampaikan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya. "perpisahan tak akan terjadi tanpa adanya pertemuan" "marilah kita sama-sama dengan kombinasi yang ada sama-sama berganding bahu demi membangun masa depan anak-anak kita" dalam rangka ucapannya semasa majlis perpisahan dan penyerahan pelajar SAN Pekan Beaufort ke SAN Kg.Bingkol Beaaufort. "persepsi ibu bapa perlu diperbetulkan terhadap perpindahan ini dan ini merupakan hijrah sudah tentunya akan mendapat pengalaman baru,sekolah baru kerana disana mempunyai berbagai kemudahan yang lebih selesa" beliau menekankan betapa pentingnya nilai agama kepada anak-anak untuk peningkatan akhlak mulia tambahan dewasa ini gejala sosial dikalangan remaja berleluasa" tambahnya lagi semasa ucapannya dimajlis itu. Menurutnya,ilmu Fardu ain,Fardu Kifayah dan Amali Ugama perlu dititikberatkan kepada pelajar-pelajar sekolah bagi memastikan pelajar-pelajar mahir dalam ilmu tersebut dan dapat diketengahkan dikalangan masyarakat yang mana khususnya diberi kesinambungan juga perlu terus memberikan perhatian khusus dalam pendidikan ini. Anugerah guru terbaik:-Ustazah Radziah Juali kategori guru Jeahins dan Ustazah Raidah Hj.Daniel kategori guru Jakim.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com