Jun 29, 2009

PROGRAM RAKAN BELIA ZON LUMADAN

ZON LUMADAN:-
Kampung Lingkungan, program rakan belia bersama pergerakan pemuda bersemarak penuh ceria dengan pengisian yang berteraskan arus perdana iaitu 1 Malaysia. Majlis itu disempurnakan oleh ketua pemuda Haji Yamani Hafez Bin Datuk Sri Panglima Musa.Dalam ucapan perasmiannya ketua pemuda amat berbangga dan teruja atas kometman belia-belia kerana sama-sama turun padang menceriakan majlis itu. "belia-belia inilah pelapis dan peneraju masa depan dan belia ini juga yang menjadi salah satu pengimbang kestabilan politik" "program rakan belia merupakan satu rangka kerja bagi memudah, mendorong serta melibatkan para belia untuk berkerja secara individu, disamping mengalakkan kepimpinan belia dan aktiviti yang berpaedah" 'Apa juga program yang dilaksanakan atau disertai, belia mesti berazam mengatasi cabaran dan bersemangat tinggi untuk mencapai cita-cita serta menambah nilai kepada kejayaan yang diperolehi" "Belia yang sehat, ceria,bercita-cita tinggi dan bersemangat dan ditokok dengan ilmu pengetahuan serta pekerti mulia,saya yakin belia sebagai jenerasi pewaris untuk memajukan Negara keperingkat lebih mantap dan hebat"antara ungkapan ucapan ketua pemuda semasa malaksanakan majlis pelancaran Program rakan belia Kampung Lingkungan yang dipengerusikan En Jakaria Bin Jaidin AJK Pemuda Bahagian merangkap Biro sukan P178 Sipitang. "Kerajaan melakukan pelbagai usaha untuk memperkasakan belia dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran termasuk dalam bidang baru seperti elektronik, teknikal (HAD ON) serta teknologi dan maklumat (ICT) untuk belia menjadi modal insan berkualiti" tambahnya lagi "peluang yang diwujudkan itu adalah untuk menjadikan belia sebagai pelapis akan menjadi pemimpin dan pakar dalam pelbagai bidang" Sepanjang program pelbagai aktiviti diadakan antaranya, sesi dialog mengenai isu-isu semasa,sesi membina pasukan bersama belia-belia,melawat keluarga miskin tegar, melawat pesakit kronik termasuklah cara untuk menghasilkan dan mencapai daya ketahanan melalui pengurusan projek aktiviti yang efektif.Selain itu program ini juga bertujuan untuk memberikan latihan kepada para belia dalam aspek kepimpinan dan pengurusan serta dapat melengkapkan generasi muda dengan aspek Kepimpinan dan Keusahawanan. "Diharap penganjuran program ini dapat melahirkan kelompok belia dan beliwanis yang komited dalam mempertahankan jati diri rakyat negara ini selaras dengan keperluan tenaga kerja negara masa kini dan hadapan". Jelasnya lagi Dalam sesi tamu bual dengan En Jakaria Jaidin, beliau mengucapkan berbanyak terimakasih diatas bantuan ahli jawatan kuasa dan para belia atas sumbangan jasa bakti dari berbagai aspek demi menjayakan program itu yang julung-julung kalinya di buat sebagai program rakan belia bersama pergerakan pemuda. Beliau berikrar belia-belia kampung Lingkungan sentiasa bersedia dan berkhidmat juga bersedia menjadi tunjang tulang belakang kepada pergerakan pemuda.Program ini dianjurkan berobjektif untuk menyediakan golongan muda yang berperibadi unggul,berkemahiran dan mampu menjadi warga negara yang berguna dan cemerlang dalam kerjaya atau apa jua bidang yang diterajui. Selain itu juga Program ini bertujuan untuk memupuk dan membina satu rangkaian kerja belia yang akan menjadi pemimpin dan ejen perubahan / tranformasi dalam mengerakan teman-teman sebaya mereka dan juga masyarakat kearah 'ENVIRONMENT OWNERSHIP' dan daya ketahanan sekaligus untuk fizikal dan mental. Program satu hari yang dihadiri oleh pelbagai lapisan masyarakat pada 27 jun 2009 dianjur dan dipengerusikan oleh En.Jakaria Bin Jaidin.
-Foto Ehsan dari Helmy Saidin

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com