Aug 2, 2010

Tempat Utama SMS Pantun 1Malaysia

31 Julai, 2010 19:07 PM

Paridin Juara Pertandingan Pantun 1Malaysia Menerusi SMS

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Paridin Satim dari Sabah muncul juara pertandingan pantun 1Malaysia menerusi khidmat SMS yang diadakan selama sebulan bermula 31 Mac hingga 31 April lepas. Pantun beliau yang berbunyi "Satu Malaysia Satu Bahasa, Sumber Insan Menjadi Ungkapan, Berbagai Agama Berbilang Bangsa, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan" mengalahkan 3,000 penyertaan lain pada pertandingan yang dianjurkan Persatuan Pembekal Kandungan Mudah Alih Malaysia (MMCP) itu. Paridin, 50, menerima hadiah i-phone bernilai hampir RM3,000 yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Ali Mohamad Noor. Mohd Ali berkata pertandingan yang pertama kali dianjur menggunakan medium SMS itu merupakan pilihan tepat dan seiring dengan perkembangan teknologi semasa. "Teknologi sentiasa diikuti oleh orang ramai, terutama golongan muda, jadi penggunaan medium seperti SMS ini mungkin dapat menarik golongan terbabit untuk menyertai pertandingan seumpama ini," katanya. -- BERNAMA

Kami menyediakan langganan berita melalui perkhidmatan Newswire.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com