Feb 19, 2010

AGENDA UTAMA PEMUDA SIPITANG

PROGRAM PENDIDIKAN ADALAH AGENDA UTAMA PERGERAKAN PEMUDA. "Agenda utama pemuda adalah menekankan kepada program pendidikan" ucapan Hafiz semasa merasmikan program sekolah angkat SK Pekan pada 21 april 2009.
PENDIDIKAN, adalah usaha sedar dan dirancang untuk mewujudkan suasana belajar dan segala proses pembelajaran agar pelajar (pendidik/pelajar) diserlah secara aktif dan efektif untuk mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, keperibadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan untuk dirinya dan juga masyarakat.
Faktor internal (dalaman) meliputi jajaran dunia pendidikan, baik jabatan pendidikan daerah, negeri dan pendidikan yang dikelolakan oleh badan bukan kerajaan NGO, swasta. Dalam hal ini pihak-pihak yang berkait sangatlah diharapkan agar pendidikan sentiasa terjaga dengan baik dan dikendalikan dengan bijaksana.
Faktor ekternal, adalah meliputi masyarakat itu sendiri pada umumnya yang merupakan ikon pendidikan kepada masyarakat setempat dan sekeliling seperti gaya hidup seharian dan pertuturan.
Pendidikan meliputi pengajaran keahlian khusus dan juga sesuatu yang tidak dapat dilihat dari luaran akan tetapi ianya perlu dilihat lebih mendalam iaitu kontek pemberian atau anugerah ,Pengetahuan, pertimbangan dan kebijaksanaan.
Dalam situasi pendidikan ianya terbahagi kepada beberapa bahagian umum; -Pendidikan dasar
-Pendidikan menengah
-Pendidikan tinggi
-Pendidikan secara umum
-Pendidikan kejuruteraa
-Pendidikan akademik ( institute/politeknik/universiti)
-Pendidikan profesional
-Pendidikan vokasional
-Pendidikan keagamaan dan
-Pendidikan khusus
Salah satu dasar utama pendidikan adalah untuk mengajar kebudayaan yang melewati, menembusi, menjadikan generasi berwawasan dan jauh pandangan. Untuk itu seharusnya, khusus kepada warga pendidik agar memberi lebih tumpuan kepada kerjaya , kerana warga pendidik tersangat perlu untuk menyuntik minda generasi baru yang bakal bercambah dan bakal menerajui kepimpinan masa depan.
PEMIMPIN MESYARAKAT PERLU KUASAI ICT:
Pemimpin mesyarakat disaran agar berusaha mendalami kemahiran Teknologi Maklumat dan komonikasi (ICT) bagi membolehkan mereka berhadapan dengan era ledakan Maklumat yang semakin mencabar.Tanpa kemahiran ICT seseorang pemimpin mesyarakat hari ini bukan sahaja ketingalan tetapi juga gagal memahami keperluan dan isu-isu semasa. ICT hari ini adalah merupakan komponen parti kepada mesyarakat & tidak boleh dipisahkan dengan urusan kehidupan seharian. “malah sesuatu yang perlu disedari oleh Pemimpin mesyarakat apabila ICT akhir-akhir ini semakin menguasai generasi muda sebagai pengantara dalam menerima dan menyebarkan maklumat .

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com