Nov 30, 2009

Kerjasama Masyarakat Setempat Memberangsangkan Karnival Jualan MEGA MARA

Sipitang: -25 -26 November 2009 Mega Sale Carnival held Sipitang organized by Mara Sabah arouse the spirit of the era and aura of transformation among local residents for more in bisness.Karnival Sales MEGA 09 organized Majlis Amanah Rakyat chaired by Puan Sharifah Officer MARA has the Beaufort successfully implement a program that lasted for 2 days, visitors attended from all walks of life from around the region is graced with competition Sipitang.Program Karaoke songs sensai, 60s, coloring contest for children 12 years down, pull the rope female competition, singing competition Murai miles, presentation and performance artists invited Poetry Felik Agus. Opening and closing has been executed by YB.Sapawi Bin Haji Ahmad P178 Sipitang Parliament Members

Teks ucapan Tuan Abdul Wahab Bin Abdul Hamid Pegawai Daerah Sipitang sempena majlis perasmian karnival jualan MEGA 2009 peringkat daerah Sipitang,Sabah bertempat di perkarangan tempat letak kenderaan berat,Sipitang pada 26 November 2009 (Khamis) masa 2.40 petang. Asalammualaikum wrt.wbt.dan salam sejahtera Alhamdulillah, pertamanya saya bersyukur kepada Allah swt kerana diberikan kesempatan ini untuk saya bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan semua dalam majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah Sipitang.Hari ini adalah hari yang sangat bermakna khususnya kepada penduduk daerah Sipitang dan sekitar kerana wakil rakyat kita,YB Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad,Ahli Parlimen Kawasan P178 Sipitang sudi meluangkan masanya yang amat berharga bersama-sama dengan kita merasmikan program Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah sipitang.Sesungguhnya kehadiran YB Datuk memperlihatkan keperihatinan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan taraf ekonomi Bumiputra melalui program ini,Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih di atas kesudian pihak MARA mengundang saya bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah Sipitang.Sebelum itu, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bagi menjayakan Karnival Jualan Mega ini.Program seperti ini sebenarnya mampu menjadi medan untuk kita mempertingkatkan lagi bilangan usahawan Bumiputera terutamanya di daerah Sipitang dan seterusnya menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan danPerindustrian Bumiputra (MPPB).Meskipun sejak kebelakangan ini kita sering mendengar ataupun terhimpit dengan pelbagai isu,permasalahan atau gejala dalam dan luar Negara, termasuk krisis ekonomi dunia yang menghambat dan menekan kita, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat untuk kita sama-sama terus berusaha mencari dan melaksanakan pendekatan yang terbaik dan bersesuaian dalam keadaan dan keupayaan yang kita ada pada masa sekarang. KEADAAN EKONOMI SEMASA Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian, Melihat kepada keadaan dunia pada hari ini mengalami krisis ekonomi, Negara juga turut sama merasai tempiasnya.Oleh itu, saya ingin tekankan kepada semia bahawa tiada perkara mudah atau jalan singkat untuk kita terus Berjaya.Pada saat ini, usahawan sebagai pemimpin organisasi harus bijak menerajui bahtera perniagaan dalam menangani taufan krisis ekonomi.Walau apa jua keadaan sekalipun kita mesti percaya kepada diri dan terus berjuang melepasi saat sukar ini. Salah satu aspek yang boleh diperhalusi pada saat ini adalah kemuafakatan di dalam organisasi.Sebagai mana peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.Kemuafakatan boleh member kekuatan dalaman kepada usahawan menangani saat sukar. Sipitang merupakan salah satu daerah yang sedang membangun di Negeri Sabah ini.Dalam setiap aspek pembangunan yang dicurahkan disini, maka bertambahlah usahawan Bumiputra yang turut serta memajukan pembangunan tersebut.Usahawan-usahawan ini masih dahagakan bimbingan dan latihan dari pihak kerajaan bagi memastikan prestasi perniagaannya bertambah mantab dan berdaya saing.Usahawan Bumiputra di Sipitang masih belum berupaya berdikari menyaingi usahawan lain dalam merebut peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan. Maka dengan itu, saya bersyukur MARA telah memilih daerah Sipitang sebagai landasannya bagi memainkan peranannya membimbing usahawan Bumiputra ini. SUMBANGAN USAHAWAN Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian, Kita sememangnya sedar akan peranan usahawan sebenarnya amat besar kerana mereka ini merupaakan penyumbang utama secara langsung dalam membangunkan ekonomi Negara,Saya percaya penglibatan lebih ramai kaum Bumiputera dalam bidang ini juga sebenarnya memainkan peranan yang signifikan kea rah memastikan kestabilan ekonomi, politik dan social di Negara kita. Apabila wujudnya usaha berterusan untuk mencipta kekayaan di kalangan usahawan Bumiputera, sudah pasti kita tidak akan lagi terpinggir dari arus perdana ekonomi Negara. Ini amat penting untuk memastikan keseimbangan penguasaan ekonomi negara dapat menikmati kekayaan bumi bertuah ini dalam keadaan aman dan harmoni. Dengan wujudnya komuniti usahawan Bumiputera yang Berjaya juga bermakna kita telah melahirkan lebih ramai majikan dari kalangan bangsa kita sendiri.Kerana itulah saya amat menyokong usaha penganjuran karnival seperti ini, Kerana kita berharap agar semua pihak menyedari betapa komuniti usahawan ini sebenarnya telah member sumbangan yang begitu besar kepada negara.Atas dasar kesedaran inilah, maka di pihak kita akan meneruskan usaha untuk menyokong bagi melahirkan dan memperkasa usahawan Bumiputera yang mempunyai daya saing, daya maju dan daya tahan. HARAPAN Tuan-tuan dan Puan-Puan-puan yang dihormati sekalian, Apa pun berbalik kepada carnival pada hari ini, apa yang saya harapkan ialah para usahawan dapat menjalankan perniagaan dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan.Inilah sebenarnya yang secara langsung mempengaruhi kepada “repeat customers” yang sentiasa akan berkunjung dari masa ke semasa untuk mendapatkan khidmat ataupun produk yang ditawarkan. KEPADA PARA PENGUNI PULA, SAYA MENGHARAPKAN KITA DAPAT MEMBERIKAN SOKONGSN KEPADA PRODUK KELUARAN SYARIKAT BUMIPUTERA AGAR MEREKA INI AKAN DAPAT KEKAL DAN TERUS DALAM PERSAINGAN DO PERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua terutamanya pihak MARA dan para usahawan, semoga kejayaan yang anda kecapi bakal membawa lembaran baru kepada industry peruncitan negara dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Semoga program carnival Jualan Mega ini mencapai matlamat kejayaannya dan warga usahawan daerah Sipitang mengharapkan agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan meneruskan program-program lain yang berkaitan bagi memajukan usahawan Bumiputera Sipitang khususnya.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com