Aug 22, 2009

Kontinjen Pemuda Sabah Berani dan Tabah

1- Ariffin Kassim Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau 2- mailto:Ambia@Azmieemiee Hassan SUK Pemuda UMNO Sabah 3- Ajamain Dani PSU Pemuda UMNO Ranau 4- Paridin Sitim AJK (Biro ICT & Media) Sipitang 5- Abd Gafar Abd Majid AJK (Biro Agama) Putatan 6- Azman Abd Rahim PSU Pemuda UMNO Tawau 7- Aspera Ag Zainal AJK (Biro Kebudayaan) Sandakan 8- Wira Tapah AJK Pemuda UMNO Sandakan 9- Amir Shah Ag Ahmad AJK (Biro NGO & Perhubungan Antarabangsa) Beaufort. Jentera Pemuda Sabah diketuai Tuan Arifin Kassim (KP Bahagian Tawau) berkomitment menghala tuju pendekatan kepada generasi muda Permatang Pasir mendekati secara kelompok kecil (personal Touch) dan secara individu, mendekati golongan muda cara bersantai. Budaya senyum yang dibawa pemuda Sabah sedikit sebanyak membawa kesan kepada pemilih golongan muda di Permatang pasir mendekati mereka secara dekat .
Pemuda UMNO Sabah merancang pelbagai program 'turun padang' bagi menyelami masalah yang dihadapi penduduk Permatang Pasir terutama dalam aspek pembangunan,lebih-lebih lagi yang menjurus khusus pembangunan sumber insan dan minda golongan muda. "Kita akan mengatur lebih banyak perjumpaan dengan mereka bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai masa depan generasi muda yang bertanggungjawab menentukan pemimpin negara" Jelas Arifin Kassim semasa berada di Permatang Pasir. Jentera Pemuda Sabah dan pemuda UMNO bahagian dikawasan itu sama-sama berganding bahu untuk untuk mengenal pasti pengundi dibawah 40 tahun, pertandingan futsal serta menghadiri majlis kenduri sempena bulan Ramadan dan ceramah Pentas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin,Datuk Seri Reezal Merican, Naina Merican dan Lokman Adam.
"Perjuangan UMNO dan BN akan kita terus laksanakan dengan iltizam yang tinggi.Bagi memastikan rakyat di Permatang Pasir terus terbela, pengundi Permatang Pasir hendaklah membuat pilihan yang bijaksana.Kita telah memberi peluang 3 kali kepada PAS.Sekarang adalah tiba giliran UMNO dan BN diberi mandat oleh rakyat Permatang Pasir.Janji untuk menjadi "Anak Emas" kerajaan persekutuan akan kita laksanakan jika BN menang pada 25 Ogos ini"
Petikan ucapan Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi UMNO Pulau Pinang.
Pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir diadakan pada 25 Ogos 2009 berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu kerana sakit jantung.
Berikutan kekosongan itu, setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman, 38, dipilih mewakili (BN) untuk menentang calon PAS, Mohd Salleh Man, 52, yang juga pesuruhjaya PAS Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com