Jun 23, 2009

SEPAKAT BESTARI DAN PRA GATA 2009

Program sepakat bersama BESTARI bermula 26 hingga 28 jun 2009 (Jumaat, Sabtu dan Ahad) melibatkan semua jabatan kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) turun padang bersama-sama pada masa tersebut.Pengisian: Senamrobik beramai-ramai di lorong Merpati dan perkarangan dewan serbaguna Sipitang dikendalikan oleh badan NGO dan komuniti Bestari dibantu oleh jabatan Penerangan Sipitang. Program dalam pengisian aktiviti ialah senamrobik selama 45 minit,derma darah,gerai pameran dari berbagai agensi jabatan kerajaan,pertandingan karaoke lagu-lagu 60an,pelancaran GATA dan pentarama. Tujuan, objektif utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara komuniti Bestari dan pemimpin,dan juga dikalangan ahli kumuniti Bestari itu sendiri.selain untuk mewujudkan mesyarakat cergas yang hidup dalam keadaan aman harmoni dan gaya hidup sehat. Acara ini dijangka akan dihadiri oleh YB.Datuk Sapawi Hj.Ahmad,YB.Tuan Hj.Ahmad Hj.Bujang dan pegawai kerajaan.Dijangka lebih 2000 orang akan menyertai acara ini terdiri daripada kakitangan jabatan kerajaan,pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pwlajar sekolah rendah, menengah dan orang awam.Program ini ini adalah sebagai persiapan menghadapi pesta GATA yang akan berlangsung pada 31 julai 2009.Program sepakat Bestari yang bakal berlangsung adalah jululung-julung kalinya diadakan.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com