Jun 16, 2009

LAWATAN PEMUDA SIPITANG KE KENINGAU

SEMANGAT WAJA DAN JIWA KENTAL:-HUJAN LEBAT TIDAK MENGHALANG PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK DITERUSKAN.

PERGERAKAN PEMUDA SIPITANG SELANGKAH MAJU KEHADAPAN

MENYAMPAIKAN HADIAH KEPADA PEMENANG PERTANDINGAN

"Kami berazam akan meningkatkan lagi pembelajaran"' kata salah seorang penerima hadiah

MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT DAERAH

:"Sokongan Ibu Bapa perlu untuk anak-anak mereka di hantar belajar kelas Kafa." Hj.Hafez
Pendidikan merupakan antara ciri ketamadunan sesuatu bangsa. Masyarakat bertamadun adalah mereka yang terdidik dan berilmu. Mentaliti masyarakat diukur dengan mutu
pendidikan yang diterima. Namun, pendidikan memerlukan kepada satu sistem agar ia mampu disampaikan dengan berkesan dan mencapai matlamatnya.

Hj.Hafez menerima candramata dari pegawai JHEAINS En Hafiz

23 mei 2009,Ketua pemuda Hj.Hafez Bin DSP Musa merasmikan majlis Ihtifal KAFA peringkat daerah Sipitang.Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa pendidikan agama adalah teras kepada disiplin seseorang itu.bak kata pepatah ,Melentur buluh biarla dari rebungnya."Majlis seperti ini perlu diadakan pada setiap tahun,selain dari mencungkilbakat ianya boleh menyuntik semangat kepada budak-budak untuk terus menambah dan menimba ilmu" tambah beliau dalam ucapannya.

Jun 15, 2009

MAJLIS IHTIFAL KAFA PERINGKAT DAERAH SIPITANG

PERGERAKAN PEMUDA SIPITANG SELANGKAH MAJU KEHADAPAN

KHAIRY J & PEMUDA

Lawatan muhibah Ketua Pemuda Malaysia ke Sipitang merapatkan hubungan silaturahim.
Mesyuarat cawangan yakin sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional akan kembali pulih dan bertambah mantab jika pemimpin tertinggi bersedia turun ke bawah dengan lebih kerap lagi.Pemimpin Umno harus bersedia dan bersemuka dengan ahli di peringkat akar umbi bagi mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka.Segala maklum balas perlu dilakukan secara dua hala agar setiap isu dan kerja dilakukan secara telus serta berkumpulan. Ahli Umno di peringkat akar umbi perlu mempunyai jati diri dan keyakinan yang teguh terhadap parti mereka yang telah memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara sekian lama. Kita juga perlu menegur dan menasihat mana-mana pemimpin bahagian Umno yang kurang turun padang atau mengadakan aktiviti sebagai usaha untuk perpaduan kukuh di kalangan ahli terutamanya di kalangan generasi muda yang seronok dengan jawatan mahupun kelompok tertentu dan perlu berubah dengan segera bekerja dan berkhidmat dengan penuh komitman,didikasi serta tanggungjawab dan bukannya seronok dengan jawatan dan kelompok masing-masing. Mengharapkan ahli Umno terus mempunyai semangat dan disiplin yang kental serta teguh bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum ke tiga belas akan datang

MEGHADIRI PERSIDANGAN UMNO DI KUALA LUMPUR

Pada pemilihan UMNO di pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur mac lalu,10 pemimpin UMNO Sabah turut bertanding dalam pelbagai jawatan telah mencapai kemenangan cemerlang,pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Penglima Musa Haji Aman, dan kedua undi terbanyak ahli majlis tertinggi,termasuklah Datuk Seri Penglima Haji Lajim Haji Ukin dan Datuk Bung Muktar Radin.Manakala Datuk Shafie Afdal berada dalam senarai tiga naib presiden, sementara Mohd gasing Saling,Jamawi Jaafar sebagai EXCO pemuda, Datuk Armani Mahiruddin dan datuk Azizah Mohd Dun sebagai EXCO wanita.Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai ketua puteri.Dayang Maimunah Haji Sidek sebagai EXCO puteri UMNO. Justeru kemenangan itu memperlihatkan kepada kita dan membuka mata masyarakat bahawa UMNO Sabah ikut memfokuskan perjuangan dan menyumbang yang bersifat kebangsaan.
Menurut ketua pemuda sipitang Tuan Haji Yamani Hafez Bin Datuk Seri penglima Musa, "kita wajar berbangga dengan kemenangan itu, sekaligus dapat memberi dorongan untuk lebih berusaha dan memperkukuh lagi kedudukan UMNO sebagai tampuk kerajaan.
Wakil pemuda Sipitang kepersidangan tersebut ialah Tuan Haji Yamani Hafez,Matbali Musah,Jaafar B.Jalap dan Haji Sufri Haji Omarali.

MEGHADIRI PERSIDANGAN UMNO DI KUALA LUMPUR

Di atas keyakinan kita terhadap sebuah gegasan dan wawasan yang jelas dan keyakinan kita terhadap keupayaan diri kita sendiri (dengan izin Allah) mudah-mudahan kita menjadi seorangPemimpin yang Allah kehendaki. Seorang Pemimpin diri, bangsa, agama dan negara adalah seorang yang sentiasa memikirkan tentang cara untuk melakukan sesuatu perkara dengan lebih baik. Kita perlu mencari jalan-jalan yang lebih baik dalam usaha perjuangan. Kita juga perlu kepada tubuh badan yang sihat, cergas dan bertenaga. Kita tidak boleh alpa kepada faktor strategi, taktik dan teknik untuk kemenangan diri, bangsa, agama dan negara. Bukankah ini yang diwariskan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita.
Sumber:Matbali Musah

PADANG KEGEMARAN

Kesibukan masa bukan satu alasan, jawapannya anda hendak atau tidak, jika sibuk menjadi alasan, saya sendiri hampir setiap hari bekerja dari jam 9 pagi ke 10 malam, Sabtu dan Ahad bekerja, cuti hari Jumaat. Semangat perlu kuat dan sepatutnya semakin

usia meningkat kita makin berusaha hidup lebih aktif kerana proses penuaan dan risiko mendapat penyakit semakin tinggi, orang muda yang sihat, malas bersenam pun boleh di maafkan lagi. Dengan semangat ini juga saya berusaha menulis artikel-artikel ini di celah-celah masa saya yang terluang. Alhamdulillah saya masih mampu mengekalkan aktif fizikal sehingga sekarang mungkin kerana ada sedikit bakat dan rasa seronok bersukan. Tetapi saya akui ianya belum mencukupi untuk mendapat tahan kecergasan yang sepatutnya. Bersukan boleh di mulakan semula walaupun anda sudah lama meninggalkannya, konsep ansur maju adalah penting dan konsisten. Enam bulan anda meninggalkan aktiviti fizikal bermakna tahap kecergsan anda berada di tahan minima walupun sebelumnya anda aktif. Mereka yang veteran ( usia emas) pun ada yang mampu masuk pertandingan maraton, saya juga pernah membaca artikel, ada lelaki Finland yang berusia 50 tahun baru belajar menggunakan alatan jimnasium ( angkat berat), dua tahun kemudian beliau menjadi juara bina badan peringkat veteran, persoalannya anda hendak bersenam atau banyak memberi alasan. Yang akan sihat dan cergas ialah anda, bukan orang lain. KESIHATAN ada lah aset utama kita, duit dan harta tidak memberi makna jika anda berpenyakit. Kalau sakit sendiri tidak mengapa, ini menyusahkan orang lain. Cergas fizikal boleh diukur. Di Malaysia kita menggunakan standard UKJK.( Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ). Ia mempunyai tahan-tahap yang berbeza mengikut tahap individu. Bagi para-para ahli sukan tahap tinggi, ahli komando, mereka mempunyai standard yang berbeza. Antara komponen yang diambil kira di dalam ujian ini ialah bentuk badan (body mass index, BMI), kekuatan otot-otot, ketahanan jantung serta penafasan, kelembutan badan, kepantasan pergerakan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah jika anda menjaga pemakanan yang baik sahaja, tidak akan membuatkan anda cergas. Dengan mengamalkan minum madu sahaja atau lain-lain pil vitamin dan berharap lebih berstamina serta cergas, ia tidak akan menjadi kenyataan. InsyaAllah anda boleh lebih bertenaga untuk jangka masa pendek tetapi tidak untuk jangka masa panjang. Kesemua komponen kecergasan seperti yang disebut di atas mesti seimbang. Dengan kata lain anda mesti dan wajib melakukan aktiviti fizikal. Ketahanan jantung adalah sangat penting untuk mendapat kecergasan maksima. Jika anda yang mengamalkan gaya hidup pasif ( sedantry life style) jantung anda amat jarang berdenyut melebihi 100 denyutan seminit, dengan kata lain jantung tidak bersenam ( jantung romantik).Apabila jantung lebih berdenyut ketika kita bersenam, ia membekal darah ke seluruh badan terutama otak di samping bekalan darah ke otot-otot jantung pun meningkat. Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, wang ringgit, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu di seimbangkn dengan kecergasan minda /mental. Jika ketahanan anda kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun anda memiliki kecergasan badan yang tinggi, anda akan mudah mengalami tanda lesu,letih dan tidak bermaya. Begitu juga jika kecergasan spiritual tidak seimbang , ada yang aktif bersukan sehingga luput waktu solat. Jangan kita menjadi insan yang senget sebelah. Jika ingin mencergaskan spiritual tetapi dalam masa yang sama badan mudah letih dan mengantuk, mampukah anda untuk beribadah dengan sempurna! Ini lah yang di maksudkan dengan sihat dan cergas secara total.

Sumber : Malaysia cergas/Belia & sukan

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA SEPAK PEMUDA SIPITANG VS PEMUDA SEPANGGAR

Perlawanan Bola Sepak antara pemuda Sipitang dan pemuda Sepanggar Likas Stadium, 01 mei 2009 perlawanan persahabatan sepak bola antara pemuda Sipitang lawan pemuda Sepanggar.Dalam perlawanan persahabatan tersebut kemenangan berpihak kepada pemuda sipitang jaringan sebanyak 2 berbalas 0. Jaringan unggul oleh Japar Jalap dan Zulhaimi Asbi.
Objektif: Merapatkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada.

Jun 14, 2009

SIPITANG VS SEPANGAR-2-0

Sihat dan cergas adalah dua perkara yang berbeza. Sihat fizikal bermakna anda bebas dari sebarang penyakit akut atau kronik, penyakit yang diketahui punca atau tidak dan juga penyakit dari genetik. Anda yang cacat anggota badan dan bebas dari sebarang penyakit sakit juga di kategorikan sebagai sihat. Cergas pula dikaitkan dengan kemampuan anda untuk melakukan kerja harian tanpa rasa penat dan mempunyai tenaga tambahan untuk melakukan kerja yang di luar jangkaan atau di luar kebiasaan. Sebagai contoh, anda biasa pulang dari pejabat jam 5 petang dan sampai di rumah jam 6 petang atau lebih awal lagi, tetapi ada ketikanya disebabkan oleh kesesakan jalan raya, anda sampai di rumah jam 7 petang. Sekiranya anda terasa lesu, letih dan mengantuk; ini bermakna anda tidak cergas. Untuk bebas dari sebarang penyakit ianya lebih mudah tetapi untuk lebih cergas ianya memerlukan disiplin dan perlu melakukan aktiviti fizikal. Kecergasan boleh di kategorikan kepada cergas fizikal, cergas minda dan cergas spiritual. Ada dua perkara penting untuk mencapai dan mengekalkan kecergasan fizikal iaitu perlu aktif fizikal dan menjaga pemakanan. Ramai dari kita mampu menjaga pemakanan tetapi sukar melakukan aktiviti fizikal. Bukan budaya orang Melayu untuk ‘mengeluarkan peluh’ apa lagi bila usia makin meningkat. Mereka bersenam atau bersukan ketika zaman sekolah atau ketika zaman bujang, tetapi yang minat menonton sukan ‘hingga hujung nyawa’ pun ramai. Menonton sambil mengutuk pemain!!. Peminat sukan boleh memenuhi stadium tetapi di kawasan rekreasi lengang. Budaya menjaga pemakanan ini membuatkan perniagaan makanan tambahan semakin berkembang. Dari produk tempatan hingga yang diimport. Namun begitu ada juga orang yang tidak kisah langsung. Mengambil makanan tambahan pun tidak, bersenam pun tidak. Rutin harian mereka mencari rezeki, makan, tidur, menonton TV dan sesekali pergi berkelah dengan anak-anak. Namun untuk bersenam jauh sekali. Walaupun anda tidak gemuk, ini tidak bermakna anda sihat. Ramai juga di kalangan mereka yang kurus mempunyai paras kolesterol yang tinggi dan juga mendapat masalah tekanan darah tinggi. Malah ramai juga yang cepat ‘lembik’ walaupun mempunyai bentuk badan yang baik. Tetapi anda yang bertubuh gempal lagilah cepat ‘semput’, naik tangga ke tingkat tiga sahaja, anda sudah tercungap-cungap seperti orang sudah berlari 5km!!!. Ramai di antara kita keliru dan kurang faham bahawa aktif fizikal bermakna mesti bersenam dan bersukan. Aktif fizikal bermaksud anda melakukan pergerakan yang tidak anda lakukan pada kerja harian anda. Tetapi untuk melakukan aktif fizikal sehingga mencapai tahap kecergasan mesti dilakukan secara berkala dan berdisiplin. Jangan dilakukan hangat-hangat tahi ayam. Contoh mudah aktif fizikal yang anda boleh lakukan di rumah ialah mencuci kereta , berkebun bagi yang ada tanah, mencuci lantai,semua ini boleh di lakukan secara minguan. Badan berpeluh, rumah pun bersih. Bagi yang kreatif lakukan aktiviti ini dengan bersenam sekali di dalam rumah seperti skipping, basikal statik , treadmill atau lain alatan senaman. ( Masalahnya alatan sukan anda sudah menjadi tempai menyidai kain baju atau sudah di letak di bawah katil). Mungkin saranan seperti di atas nampak ‘lucu’ tetapi ianya amat praktikal. Jika lucu, mengapa tidak anda keluar berjogging, berjalan cepat,senamrobik, badminton, tenis, golf, berenang atau main futsal. Lakukan secara berkala. Yang terbaik 2-3 kali seminggu. Paling tidak seminggu sekali pada setiap minggu. Tentu anda biasa dengar kempen cergas , bersenam 3 kali seminggu selama 20 minit ( ada lagu lagi). Sejak awal tahun 90an, kerajaan telah membelanjakan jutaan ringgit untuk kempen cergas, namun kita tidak cergas-cergas jugak!!!.Samalah dengan kempen TAK NAK MEROKOK, berjuta duit berkempen, tapi maklumat terkini, kempen ini gagal, ramai dari anda masih berasap mulut walau rokok makin mahal! Anak dara pun makin hilang malu merokok. Anda juga boleh melakukan aktiviti yang lebih lasak seperti mendaki, jungle treking , berkayak, kembara kereta 4 x 4 dan sebagainya . Memancing tidak termasuk aktiviti fizikal kalau sekadar duduk termenung di tepi kolam.Memancing di laut mungkin lebih cabarannya. Bagi kaum perempuan pula aktiviti bersukan adalah sesuatu yang amat jarang dilakukan. Kalau masa bujang aktif bersukan bila telah berkahwin semua tutup buku.Jarang yang dapat terus aktif bersenam.Bersenam pun bagi mereka yang cuba menguruskan badan, itu pun bila suami anda yang boroi itu yang bising. Jika anda wanita bujang dan memiliki badan yang besar, sukar hendak saya beri komen!. Menjaga fizikal muka, kaum wanita mahir. Lihatlah di majalah dan akhbar iklan-iklan produk kosmetik, tak larat nak baca punya lah banyak, bermacam-macam jenama. Dengan iklan yang cantik di samping pembotolon yang amat menarik. Tentu ianya satu perniagaan yang maju. Kaum lelaki berkahwin pun tidak ada bezanya. Boroi sudah menjadi tren ‘kesukaan ramai’. Bukan di kalangan dewasa juga kanak-kanak montel, menurut kajian, tiga dari sepuluh kanak-kanak di Malaysia yang montel. Emak ayah borek anak rintik. Kaedah bersenam yang terbaik ialah lakukan senaman yang anda minat dan anda ada bakat melakukannya. Bagi yang sudah ‘tua’ macam saya, bermain golf, jalan cepat, senamrobik berenang boleh menjadi satu pilihan. Walaupun ‘boring’ keseorangan main golf pada pagi Jumaat, saya usahakan juga, paling kurang ke ‘driving range’,inilah kelebihan golf boleh bermain tanpa kawan. Berjoging tidak memerlukan bakat, cuma bagi saya bila lutut sudah mula sakit,elok pilih sukan lain. Manakala berenang satu sukan yang paling mudah , selamat dan kurang risiko cedera. Berenang tidak perlu bakat, teknik yang betul sahaja. Anak saya yang berusia 8 tahun sudah mengalahkan saya renang gaya kuak lentang, anak murid mengalahkan jurulatih. Ramai dari kita bawa anak ke kolam renang untuk main air bukan belajar berenang. Pernahkah anda tengok mereka yang hanya ada satu kaki dan anggota jari tangan yang tidak lengkap, pantas berenang!. Kesibukan masa bukan satu alasan, jawapannya anda hendak atau tidak, jika sibuk menjadi alasan, saya sendiri hampir setiap hari bekerja dari jam 9 pagi ke 10 malam, Sabtu dan Ahad bekerja, cuti hari Jumaat. Semangat perlu kuat dan sepatutnya semakin usia meningkat kita makin berusaha hidup lebih aktif kerana proses penuaan dan risiko mendapat penyakit semakin tinggi, orang muda yang sihat, malas bersenam pun boleh di maafkan lagi. Dengan semangat ini juga saya berusaha menulis artikel-artikel ini di celah-celah masa saya yang terluang. Alhamdulillah saya masih mampu mengekalkan aktif fizikal sehingga sekarang mungkin kerana ada sedikit bakat dan rasa seronok bersukan. Tetapi saya akui ianya belum mencukupi untuk mendapat tahan kecergasan yang sepatutnya. Bersukan boleh di mulakan semula walaupun anda sudah lama meninggalkannya, konsep ansur maju adalah penting dan konsisten. Enam bulan anda meninggalkan aktiviti fizikal bermakna tahap kecergsan anda berada di tahan minima walupun sebelumnya anda aktif. Mereka yang veteran ( usia emas) pun ada yang mampu masuk pertandingan maraton, saya juga pernah membaca artikel, ada lelaki Finland yang berusia 50 tahun baru belajar menggunakan alatan jimnasium ( angkat berat), dua tahun kemudian beliau menjadi juara bina badan peringkat veteran, persoalannya anda hendak bersenam atau banyak memberi alasan. Yang akan sihat dan cergas ialah anda, bukan orang lain. KESIHATAN ada lah aset utama kita, duit dan harta tidak memberi makna jika anda berpenyakit. Kalau sakit sendiri tidak mengapa, ini menyusahkan orang lain. Cergas fizikal boleh diukur. Di Malaysia kita menggunakan standard UKJK.( Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ). Ia mempunyai tahan-tahap yang berbeza mengikut tahap individu. Bagi para-para ahli sukan tahap tinggi, ahli komando, mereka mempunyai standard yang berbeza. Antara komponen yang diambil kira di dalam ujian ini ialah bentuk badan (body mass index, BMI), kekuatan otot-otot, ketahanan jantung serta penafasan, kelembutan badan, kepantasan pergerakan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah jika anda menjaga pemakanan yang baik sahaja, tidak akan membuatkan anda cergas. Dengan mengamalkan minum madu sahaja atau lain-lain pil vitamin dan berharap lebih berstamina serta cergas, ia tidak akan menjadi kenyataan. InsyaAllah anda boleh lebih bertenaga untuk jangka masa pendek tetapi tidak untuk jangka masa panjang. Kesemua komponen kecergasan seperti yang disebut di atas mesti seimbang. Dengan kata lain anda mesti dan wajib melakukan aktiviti fizikal. Ketahanan jantung adalah sangat penting untuk mendapat kecergasan maksima. Jika anda yang mengamalkan gaya hidup pasif ( sedantry life style) jantung anda amat jarang berdenyut melebihi 100 denyutan seminit, dengan kata lain jantung tidak bersenam ( jantung romantik).Apabila jantung lebih berdenyut ketika kita bersenam, ia membekal darah ke seluruh badan terutama otak di samping bekalan darah ke otot-otot jantung pun meningkat. Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, wang ringgit, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu di seimbangkn dengan kecergasan minda /mental. Jika ketahanan anda kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun anda memiliki kecergasan badan yang tinggi, anda akan mudah mengalami tanda lesu,letih dan tidak bermaya. Begitu juga jika kecergasan spiritual tidak seimbang , ada yang aktif bersukan sehingga luput waktu solat. Jangan kita menjadi insan yang senget sebelah. Jika ingin mencergaskan spiritual tetapi dalam masa yang sama badan mudah letih dan mengantuk, mampukah anda untuk beribadah dengan sempurna! Ini lah yang di maksudkan dengan sihat dan cergas secara total.
(Sumbar :-Olel Dr Yusuf Abas)