Jun 15, 2009

PADANG KEGEMARAN

Kesibukan masa bukan satu alasan, jawapannya anda hendak atau tidak, jika sibuk menjadi alasan, saya sendiri hampir setiap hari bekerja dari jam 9 pagi ke 10 malam, Sabtu dan Ahad bekerja, cuti hari Jumaat. Semangat perlu kuat dan sepatutnya semakin

usia meningkat kita makin berusaha hidup lebih aktif kerana proses penuaan dan risiko mendapat penyakit semakin tinggi, orang muda yang sihat, malas bersenam pun boleh di maafkan lagi. Dengan semangat ini juga saya berusaha menulis artikel-artikel ini di celah-celah masa saya yang terluang. Alhamdulillah saya masih mampu mengekalkan aktif fizikal sehingga sekarang mungkin kerana ada sedikit bakat dan rasa seronok bersukan. Tetapi saya akui ianya belum mencukupi untuk mendapat tahan kecergasan yang sepatutnya. Bersukan boleh di mulakan semula walaupun anda sudah lama meninggalkannya, konsep ansur maju adalah penting dan konsisten. Enam bulan anda meninggalkan aktiviti fizikal bermakna tahap kecergsan anda berada di tahan minima walupun sebelumnya anda aktif. Mereka yang veteran ( usia emas) pun ada yang mampu masuk pertandingan maraton, saya juga pernah membaca artikel, ada lelaki Finland yang berusia 50 tahun baru belajar menggunakan alatan jimnasium ( angkat berat), dua tahun kemudian beliau menjadi juara bina badan peringkat veteran, persoalannya anda hendak bersenam atau banyak memberi alasan. Yang akan sihat dan cergas ialah anda, bukan orang lain. KESIHATAN ada lah aset utama kita, duit dan harta tidak memberi makna jika anda berpenyakit. Kalau sakit sendiri tidak mengapa, ini menyusahkan orang lain. Cergas fizikal boleh diukur. Di Malaysia kita menggunakan standard UKJK.( Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan ). Ia mempunyai tahan-tahap yang berbeza mengikut tahap individu. Bagi para-para ahli sukan tahap tinggi, ahli komando, mereka mempunyai standard yang berbeza. Antara komponen yang diambil kira di dalam ujian ini ialah bentuk badan (body mass index, BMI), kekuatan otot-otot, ketahanan jantung serta penafasan, kelembutan badan, kepantasan pergerakan. Kesimpulan yang dapat dibuat ialah jika anda menjaga pemakanan yang baik sahaja, tidak akan membuatkan anda cergas. Dengan mengamalkan minum madu sahaja atau lain-lain pil vitamin dan berharap lebih berstamina serta cergas, ia tidak akan menjadi kenyataan. InsyaAllah anda boleh lebih bertenaga untuk jangka masa pendek tetapi tidak untuk jangka masa panjang. Kesemua komponen kecergasan seperti yang disebut di atas mesti seimbang. Dengan kata lain anda mesti dan wajib melakukan aktiviti fizikal. Ketahanan jantung adalah sangat penting untuk mendapat kecergasan maksima. Jika anda yang mengamalkan gaya hidup pasif ( sedantry life style) jantung anda amat jarang berdenyut melebihi 100 denyutan seminit, dengan kata lain jantung tidak bersenam ( jantung romantik).Apabila jantung lebih berdenyut ketika kita bersenam, ia membekal darah ke seluruh badan terutama otak di samping bekalan darah ke otot-otot jantung pun meningkat. Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, wang ringgit, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu di seimbangkn dengan kecergasan minda /mental. Jika ketahanan anda kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun anda memiliki kecergasan badan yang tinggi, anda akan mudah mengalami tanda lesu,letih dan tidak bermaya. Begitu juga jika kecergasan spiritual tidak seimbang , ada yang aktif bersukan sehingga luput waktu solat. Jangan kita menjadi insan yang senget sebelah. Jika ingin mencergaskan spiritual tetapi dalam masa yang sama badan mudah letih dan mengantuk, mampukah anda untuk beribadah dengan sempurna! Ini lah yang di maksudkan dengan sihat dan cergas secara total.

Sumber : Malaysia cergas/Belia & sukan

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com