Jun 15, 2009

KHAIRY J & PEMUDA

Lawatan muhibah Ketua Pemuda Malaysia ke Sipitang merapatkan hubungan silaturahim.
Mesyuarat cawangan yakin sokongan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional akan kembali pulih dan bertambah mantab jika pemimpin tertinggi bersedia turun ke bawah dengan lebih kerap lagi.Pemimpin Umno harus bersedia dan bersemuka dengan ahli di peringkat akar umbi bagi mendengar pelbagai masalah yang dihadapi oleh mereka.Segala maklum balas perlu dilakukan secara dua hala agar setiap isu dan kerja dilakukan secara telus serta berkumpulan. Ahli Umno di peringkat akar umbi perlu mempunyai jati diri dan keyakinan yang teguh terhadap parti mereka yang telah memperjuangkan nasib agama, bangsa dan negara sekian lama. Kita juga perlu menegur dan menasihat mana-mana pemimpin bahagian Umno yang kurang turun padang atau mengadakan aktiviti sebagai usaha untuk perpaduan kukuh di kalangan ahli terutamanya di kalangan generasi muda yang seronok dengan jawatan mahupun kelompok tertentu dan perlu berubah dengan segera bekerja dan berkhidmat dengan penuh komitman,didikasi serta tanggungjawab dan bukannya seronok dengan jawatan dan kelompok masing-masing. Mengharapkan ahli Umno terus mempunyai semangat dan disiplin yang kental serta teguh bagi menghadapi persiapan pilihan raya umum ke tiga belas akan datang

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com