Nov 30, 2009

Kerjasama Masyarakat Setempat Memberangsangkan Karnival Jualan MEGA MARA

Sipitang: -25 -26 November 2009 Mega Sale Carnival held Sipitang organized by Mara Sabah arouse the spirit of the era and aura of transformation among local residents for more in bisness.Karnival Sales MEGA 09 organized Majlis Amanah Rakyat chaired by Puan Sharifah Officer MARA has the Beaufort successfully implement a program that lasted for 2 days, visitors attended from all walks of life from around the region is graced with competition Sipitang.Program Karaoke songs sensai, 60s, coloring contest for children 12 years down, pull the rope female competition, singing competition Murai miles, presentation and performance artists invited Poetry Felik Agus. Opening and closing has been executed by YB.Sapawi Bin Haji Ahmad P178 Sipitang Parliament Members

Teks ucapan Tuan Abdul Wahab Bin Abdul Hamid Pegawai Daerah Sipitang sempena majlis perasmian karnival jualan MEGA 2009 peringkat daerah Sipitang,Sabah bertempat di perkarangan tempat letak kenderaan berat,Sipitang pada 26 November 2009 (Khamis) masa 2.40 petang. Asalammualaikum wrt.wbt.dan salam sejahtera Alhamdulillah, pertamanya saya bersyukur kepada Allah swt kerana diberikan kesempatan ini untuk saya bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan semua dalam majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah Sipitang.Hari ini adalah hari yang sangat bermakna khususnya kepada penduduk daerah Sipitang dan sekitar kerana wakil rakyat kita,YB Datuk Sapawi Bin Haji Ahmad,Ahli Parlimen Kawasan P178 Sipitang sudi meluangkan masanya yang amat berharga bersama-sama dengan kita merasmikan program Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah sipitang.Sesungguhnya kehadiran YB Datuk memperlihatkan keperihatinan kerajaan dalam usaha mempertingkatkan taraf ekonomi Bumiputra melalui program ini,Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih di atas kesudian pihak MARA mengundang saya bersama-sama meraikan Majlis Perasmian Karnival Jualan Mega 2009 Peringkat Daerah Sipitang.Sebelum itu, tahniah dan syabas kepada semua pihak yang telah berusaha bagi menjayakan Karnival Jualan Mega ini.Program seperti ini sebenarnya mampu menjadi medan untuk kita mempertingkatkan lagi bilangan usahawan Bumiputera terutamanya di daerah Sipitang dan seterusnya menyumbang kepada usaha kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan danPerindustrian Bumiputra (MPPB).Meskipun sejak kebelakangan ini kita sering mendengar ataupun terhimpit dengan pelbagai isu,permasalahan atau gejala dalam dan luar Negara, termasuk krisis ekonomi dunia yang menghambat dan menekan kita, namun ia tidak sedikit pun melemahkan semangat untuk kita sama-sama terus berusaha mencari dan melaksanakan pendekatan yang terbaik dan bersesuaian dalam keadaan dan keupayaan yang kita ada pada masa sekarang. KEADAAN EKONOMI SEMASA Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekelian, Melihat kepada keadaan dunia pada hari ini mengalami krisis ekonomi, Negara juga turut sama merasai tempiasnya.Oleh itu, saya ingin tekankan kepada semia bahawa tiada perkara mudah atau jalan singkat untuk kita terus Berjaya.Pada saat ini, usahawan sebagai pemimpin organisasi harus bijak menerajui bahtera perniagaan dalam menangani taufan krisis ekonomi.Walau apa jua keadaan sekalipun kita mesti percaya kepada diri dan terus berjuang melepasi saat sukar ini. Salah satu aspek yang boleh diperhalusi pada saat ini adalah kemuafakatan di dalam organisasi.Sebagai mana peribahasa, bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.Kemuafakatan boleh member kekuatan dalaman kepada usahawan menangani saat sukar. Sipitang merupakan salah satu daerah yang sedang membangun di Negeri Sabah ini.Dalam setiap aspek pembangunan yang dicurahkan disini, maka bertambahlah usahawan Bumiputra yang turut serta memajukan pembangunan tersebut.Usahawan-usahawan ini masih dahagakan bimbingan dan latihan dari pihak kerajaan bagi memastikan prestasi perniagaannya bertambah mantab dan berdaya saing.Usahawan Bumiputra di Sipitang masih belum berupaya berdikari menyaingi usahawan lain dalam merebut peluang-peluang perniagaan yang ditawarkan. Maka dengan itu, saya bersyukur MARA telah memilih daerah Sipitang sebagai landasannya bagi memainkan peranannya membimbing usahawan Bumiputra ini. SUMBANGAN USAHAWAN Tuan-tuan dan puan yang dihormati sekalian, Kita sememangnya sedar akan peranan usahawan sebenarnya amat besar kerana mereka ini merupaakan penyumbang utama secara langsung dalam membangunkan ekonomi Negara,Saya percaya penglibatan lebih ramai kaum Bumiputera dalam bidang ini juga sebenarnya memainkan peranan yang signifikan kea rah memastikan kestabilan ekonomi, politik dan social di Negara kita. Apabila wujudnya usaha berterusan untuk mencipta kekayaan di kalangan usahawan Bumiputera, sudah pasti kita tidak akan lagi terpinggir dari arus perdana ekonomi Negara. Ini amat penting untuk memastikan keseimbangan penguasaan ekonomi negara dapat menikmati kekayaan bumi bertuah ini dalam keadaan aman dan harmoni. Dengan wujudnya komuniti usahawan Bumiputera yang Berjaya juga bermakna kita telah melahirkan lebih ramai majikan dari kalangan bangsa kita sendiri.Kerana itulah saya amat menyokong usaha penganjuran karnival seperti ini, Kerana kita berharap agar semua pihak menyedari betapa komuniti usahawan ini sebenarnya telah member sumbangan yang begitu besar kepada negara.Atas dasar kesedaran inilah, maka di pihak kita akan meneruskan usaha untuk menyokong bagi melahirkan dan memperkasa usahawan Bumiputera yang mempunyai daya saing, daya maju dan daya tahan. HARAPAN Tuan-tuan dan Puan-Puan-puan yang dihormati sekalian, Apa pun berbalik kepada carnival pada hari ini, apa yang saya harapkan ialah para usahawan dapat menjalankan perniagaan dengan memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik dan berpatutan dengan harga yang ditawarkan.Inilah sebenarnya yang secara langsung mempengaruhi kepada “repeat customers” yang sentiasa akan berkunjung dari masa ke semasa untuk mendapatkan khidmat ataupun produk yang ditawarkan. KEPADA PARA PENGUNI PULA, SAYA MENGHARAPKAN KITA DAPAT MEMBERIKAN SOKONGSN KEPADA PRODUK KELUARAN SYARIKAT BUMIPUTERA AGAR MEREKA INI AKAN DAPAT KEKAL DAN TERUS DALAM PERSAINGAN DO PERINGKAT DOMESTIK DAN ANTARABANGSA. Akhir kata, saya mengucapkan selamat maju jaya kepada semua terutamanya pihak MARA dan para usahawan, semoga kejayaan yang anda kecapi bakal membawa lembaran baru kepada industry peruncitan negara dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi negara pada masa akan datang. Semoga program carnival Jualan Mega ini mencapai matlamat kejayaannya dan warga usahawan daerah Sipitang mengharapkan agar Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah akan meneruskan program-program lain yang berkaitan bagi memajukan usahawan Bumiputera Sipitang khususnya.

Nov 21, 2009

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERKHITAN

Sipitang-21 November 2009M,04 Zulhijah 1430H, Kelas Al-Quran dan fardu Ain (KAFA) dengan kerjasama Pusad Khidmat ADUN N28 Sindumin telah mengadakan majlis Khatam Al-Quran dan Khitan berramai-ramai (Bersunat)untuk murid-murid peringkat daerah sipitang.Seramai 69 Khatam Al-Quran dan 40 orang Khitan (Bersunat) Majlis ini yang dirasmikan oleh Yang berhormat Datuk Sapawi Haji Ahmad Ahli Perlimen P178 Sipitang di dewan Hospital Sipitang jam 10.30 pagi tadi majlis dipengerusikan oleh Ustaz Jailani Bin Marhjah. Bersolawat beramai-ramai oleh peserta pelajar KAFA daerah Sipitang menyerikan lagi majlis Khatam Al-Quran dan Berkhitan.Hampir 300 orang dari kalangan ibu bapa, ajk bahagian dan pemuda sipitang hadir dalam majlis itu. Berkhitan (Bersunat-kata orang Sipitang) Berkhitan adalah termasuk dalam sunnah Nabi Mohammad S.A.W sebagaimana sabda Nabi saw yang bermaksud:" Daripada Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda: lima perkara yang menjadi sunnah nabi-nabi iaitu berkhitan, mencukur bulu kemaluan, mencukur misai, memotong kuku dan mencabut bulu ketiak"(Riwayat Muslim) Ada pun hukum berkhitan bagi lelaki dan perempuan adalah wajib mengikut imam Syafi'i sebagaimana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud :" Daripada 'Uthaim bin Kulaib daripada ayahnya, daripada datuknya, bahawasanya ia datang menemui Nabi s.a.w sambil berkata: "Sesungguhnya aku telah memeluk Islam lalu baginda s.a.w bersabda: "Cukurlah rambutmu ketika kafir dan berkhatanlah ". (Riwayat Ahmad) Mengenai hal berkhitan bagi kaum perempuan, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:" Daripada Ummu 'Atiyyah r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda, janganlah engkau berlebih-lebihan ketika berkhatan kerana yang demikian itu akan memberi kebaikan kepada wanita dan disukai oleh suami" (Riwayat Abu Daud). Dalil Nas berkaitan 'Khitan' adalah خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب Erti maksudnya : Lima perkara fitrah : berkhitan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. – (Riwayat Muslim) Pandangan para ulama dalam memahami mengenai hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :- 1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie. 2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik, 3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali. Rata-rata ibubapa di kawasan kampung di Sipitang ini Berkhitan (Bersunat kata bahasa daerah di sini) mengKhitan anak perempuan dan lelaki mereka, kenduri berkhitan dilakukan secara sederhana dan ada juga yang mengadakan majlis Berkhitan anak mereka secara besar-besaran, kadang-kadang mengalahkan kenduri kahwin! Ini tertakluk kepada kemampuan sesebuah keluarga itu......
21 November Sipitang-2009M, 04 Dhul Hijjah 1430H, Class Al-Quran and obligatory Ain (Kafa) in collaboration with Pusad Service Assembly N28 Sindumin held Khatam Al-Quran ceremony and circumcision many (circumcision) to students at district level Sipitang. A total of 69 Khatam Al-Quran and 40 Khitan (circumcision) that this Council was inaugurated by the Honorable Datuk Sapawi Haji Ahmad Members of Parliament in the hall Sipitang Hospital Sipitang at 10.30 this morning the council chaired by Ustaz Jailani Bin Marhjah. Bersolawat massacred by the student participants Kafa region Sipitang brighten the Khatam Al-Quran ceremony and Berkhitan. Nearly 300 people from among parents, youth and the Committee attended the ceremony that Sipitang.
Berkhitan (circumcised-word people Sipitang) Berkhitan is included in the sunnah of Prophet Muhammad SAW as saying the Prophet meant: "Abu Huraira reported Allah's Messenger: five things to the prophets sunnah berkhitan, shaving pubic hair, shaving mustache , cut nails and pluck armpit "(Narrated by Muslim)
There are also legal berkhitan for men and women is mandatory according to Imam Shafi'i as saying the Prophet meant:" From 'Uthaim bin Kulaib from his father from his grandfather, that it came to Prophet said: "I have converted to Islam and his Messenger:" Cukurlah rambutmu when unbelievers and berkhatanlah ". (Narrated by Ahmad) About berkhitan case for women, Allah's Messenger said: "From her, '' Atiyah reported Allah's Messenger, nor excessive when circumcision because they will provide benefits to women and are preferred by husbands" (History Abu Daud).
Evidence related to Nas 'circumcision' is خمس من الفطرة: الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب meaning meaning: Five things nature: berkhitan, shaving pubic hair, cutting nails, pluck hair (shaving), shorten the mustache. - (Reported by Muslim)
Opinion of the scholars in understanding the above hadith is divided into three groups: ---
1) (Hukumnya/Judge) recommended for men and women. It is the view of Imam Malik, in a history, and some scholars Hanfiah Abu Shafi `i madhhab. 2) Obligation for men and women. Such fatwas Denominations Syafie and most scholars and also the views of the students Suhnun Imam Malik, 3) Obligation to judge recommended for men and women. Similarly, some scholars Shafi `i, and Hanbali sect.
Most parents in this village in Sipitang Berkhitan (circumcised said local language here) circumcise their daughters and men, berkhitan feast is done and there is also a simple ceremony held berkhitan their large-scale, sometimes beating marriage feast! This is subject to the ability of a family that

Nov 17, 2009

SALAM AIDILADHA

Pemuda Sipitang -Sempena hari Raya Haji, Pemuda Sipitang mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua seluruh kaum muslimin dan muslimat Youth-Sipitang conjunction with Hari Raya Haji, Youth Sipitang say Salam al-Adha to all Muslims and all muslimat

Nov 7, 2009

Kastam Membangun Khazanah

-
-
Sipitang, Kampung Kuala Mengalong telah dipilih untuk Majlis Khidmat Bakti Masyarakat Kastam Diraja Malaysia sabah (JKDM) di Sipitang.
Program bermula seawall pagi jam 7.30,beberapa buah kampong yang terlibat menjayakan program ini berkerjasama menyusun atur majlis yang di lancarkan oleh Yang Berhormat Datuk Sapawi Haji ahmad Ahli Parliament Sipitang, Hadir sama dalam majlis itu Yang Berbahagia.Datuk Hj.Md Yusop Hj.Mansur,pengarah Kastam Sabah,Yang Berbahagia,Datuk Hj.Hassim Bin Pardi,Penolong Ketua Pengarah Kastam Malaysia bahagian Penguatkuasaan,Yang Berbahagia Liah Omar,Timbalan Pengarah Kastam Negeri Sabah,Ketua-ketua jabatan kerajaan.Hampir seribu orang datang kemajlis khidmat bakti dari sekitar kampung yang berdekatan.
Datuk Sapawi menyeru rakyat supaya dapat bersama berganding bahu membantu kerajaan,saling sokong menyokong memberi maklumat yang melibatkan kepada kemusnahan kepada masyarakat, negeri seterusnya kepada Negara.Kerana ini menyebabkan gejala-gejala sosial yang tidak diingini berlaku.Masyarakat perlu bangkit bersatupadu sama-sama menyokong kerajaan dalam membantras kegiatan seperti penyeludupan,barang palsu dan sebagainya yang berkaitan dengannya.
Program Khidmat Bakti Masyarakat berlangsung selama 3 hari bermula 06 November hingga 08 November 2009.Sukan air,sukanika berlangsung selepas upacara perasmian dan pertandingan bintang karaoke disebelah malamnya menyerikan lagi majlis itu yang bertujuan menghampiri masyarakat setempat secara dekat antara Pemimpin,Pegawai Kerajaan dan orang kampong. Dalam pada majlis itu sumbangan kepada anak yatim,warga emas,ibu tunggal dan miskin tegar telah di sempurnakan oleh Datuk Sapawi. sumbangan dari JKDM. Ahmad Bin Haji Sembilan,Ketua Kampung Kuala Mengalong, mengucapkan berbanyak terimakasih kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia kerana memilih kampungnya untuk melaksanakan program Khidmat Bakti, ”Saya mewakili penduduk kampong rasa sangat berbesar hati dan berbangga kerana dihadiri oleh pemimpin dan ketua-ketua jabatan kerajaan datang ke-kampung ini, bukan saja kami dapat berjumpa dan beramah mesra secara dekat dengan pemimpin dan pegawai kerajaan,kami juga dapat menimba menambah ilmu pengalaman dari hasil penarangan dan ucapan yang menyuntik semangat penduduk kampong bagaimana mentangani masaalah penyeludupan dan anasir-anasir kurang baik yang menyebabkan bertambahnya gejala social yang tidak sihat.”kata-kata bersemangat dan luahan ketua kampong Kuala Mengalong semasa sesi temubual petang tadi.Sk Kuala Mengalong juga tidak ketingalan menerima sumbangan dari Jabatan Kastam(JKDM),Jalan batu kelikir (Clusurun) menusur dari jalan utama ke sekolah tersebut telah dibaik pulih.En Ramle Mohammad, guru besar sekolah tersebut mengucapkan sekalung budi dan terimakasih kepada JKDM atas sumbangan yang diberikan untuk kemudahan penduduk kampung dan khasnya pelajar sekolah Kuala mengalong.
Matlamat Program Bakti masyarakat, Menjalinkan persefahaman dan muhibah diantara Kastam Diraja Malaysia dengan agensi-agensi kerajaan,Ketua-ketua masyarakat dalam mencegah penyeludupan dan penyelewengan hasil Negara.