Jun 14, 2009

GAYA HIDUP SIHAT DAN CERGAS

Sipitang, Ketua pemuda menyarankan agar mengamalkan budaya senyum dan ceria tidak kira dimana sahaja.Pemuda juga disaran agar bersopan santun, memaparkan wajah ceria serta bersikap profesional. Dalam pada itu,ujarnya "aktiviti sukan boleh mengeratkan hubungan silaturahim dikalangan jenerasi muda, sekaligus menjadi salah satu aktiviti gaya hidup sihat yang samemangnya digalakan oleh kerajaan"

Tiada pilihan lain untuk mendapat tahap kecergasan dan kesihatan yang baik melainkan dengan usaha, masa, wang ringgit, konsisten, kaedah yang betul dan disiplin yang tinggi. Manakala cergas fizikal perlu di seimbangkn dengan kecergasan minda /mental. Jika ketahanan anda kurang untuk mengatasi stres dan mudah tertekan, walaupun anda memiliki kecergasan badan yang tinggi, anda akan mudah mengalami tanda lesu,letih dan tidak bermaya. Begitu juga jika kecergasan spiritual tidak seimbang , ada yang aktif bersukan sehingga luput waktu solat. Jangan kita menjadi insan yang senget sebelah. Jika ingin mencergaskan spiritual tetapi dalam masa yang sama badan mudah letih dan mengantuk, mampukah anda untuk beribadah dengan sempurna! Ini lah yang di maksudkan dengan sihat dan cergas secara total.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com