Jun 14, 2009

MERASMIKAN PROGRAM ANAK ANGKAT SK PEKAN

SIPITANG: 21 april 2009,"Sekolah Kebangsaan Sekolah Kebangsaan Pekan Sipitang telah dipilih sebagai sekolah angkat Pemuda Umno Bahagian Sipitang ",Haji Yamani Hafez Bin Datuk Seri Panglima Musa, mengumunkannya ketika berucap di majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang 2008 dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) SK Pekan Sipitang.

Turut hadir pada majlis tersebut, Pegawai Pelajaran Sipitang Tuan Abdul Razak Bin Abdul Karim, Pengerusi PIBG S.K Pekan Sipitang Tuan Rafaei Bin Salleh, Ketua Anak Negeri Tuan Hj.Tarif Bin Tahir dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Bahagain Sipitang.
Haji Yamani Hafez berkata pendidikan akan menjadi agenda paling utama Pemuda UMNO Sipitang dengan merancang mengadakan pelbagai program dan aktiviti demi untuk membantu sama dalam menambah baikan mutu pencapaian pelajaran khsusunya di kawasan Parlimen Sipitang. "Semangat, beretika dan motivasi yang ditunjukkan oleh pentadbir , guru-guru dan ibubapa juga turut menyumbang kepada peningkatan prestasi pelajar khsusunya di S.K Pekan Sipitang, Jadikan role-model kepada sekolah lain," "bagi pelajar yang menerima anugerah teruskan usaha dan mereka yang mutu pelajaran kurang memuaskan tingkatkan usaha gigih demi masa depan" ucapannya ketika melaksanakan program anugrah pelajar cemerlang 2008 SK Pekan Sipitang pada 21 April 2009 yang dihadiri lebih kurang 500 termasuk ibubapa pelajar.

No comments:

Post a Comment

orangkampung178@yahoo.com