Sipitang- Program sepakat Bestari & pra GATA anjuran Kementrian Jabatan Penerangan Malaysia, En Paridin sitim pengerusi pelaksana pertandingan karaoke lagu-lagu 60an pada 26 dan 27 jun 2009 pertandingan akhir.
Program yang bermula seawal jam 6.00 pagi turut dimeriahkan dengan senam seni satu Malaysia bertempat diruang laman pentas diluar dewan serbaguna dilancarkan oleh YB.Ahmad Hj.Bujang ADUN N 28 Sindumin dalam pada itu turut serta menyertai senam seni ini. Manakala pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tabika sebelum pertandingan Karaoke lagu-lagu 60an yang dilangsungkan dipentas utama kawasan perkarangan dewan dan pameran turut dilangsungkan dikawasan sekitarnya.
En Matbali Bin Musah dengan lafaz BISMILAHIROAHMANNIIROAHIM merasmikan dan melancarkan pertandingan tersebut.
Dalam ucapan beliau "saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada Jabatan Penerangan Malaysia khususnya pegawai Penerangan Sipitang En Jemin Pangut kerana telah berusaha menyediakan segala kemudahan dan membawa PA System yang begitu canggih dan moden, suara jelas didengar berbatu-batu jauhnya,saya difahamkan PA System ini yang ter canggih di Malaysia,tahniah" "walau pun pengisian program ini dengan mengadakan pertandingan karaoke lagu-lagu 60an akan tetapi bila kita amati lirik dan senikata lagu ini banyak berunsurkan nasihat yang boleh kita jadikan teladan walau pun tidak semuanya,selain itu kita juga dapat memenfaatkan kunjungan kita ke program sepakat Bestari kita juga dapat melihat sendiri secara dekat sedikit sebanyak kita dapat info dan pengetahuan dari gerai dan pameran dari berbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan NGO sperti pameran teknologi,giat mara, bomba, polis, muzium, jasa, gerai pameran seni warisan budaya, RTM Klasik Nasional, Pertubuhan berita Nasional (BERNAMA), selain itu kita dapat bersuai kenal dengan para pemimpin atasan,pemimpin dari berbagai peringkat hingga ke akar umbi,pegawai-pegawai kerajaan dan masyarakat setempat itu sendiri". tambah beliau lagi "kalah atau menang itu adat resam pertandingan,yang kalah jangan merasa dirinya tiada peluang lagi,kerana gagalah kita semakin kuat berusaha untuk mencapai kejayaan minda dan segalanya" En Matbali Musah mengingatkan jenerasi muda supaya mengunakan tenaga serta usia muda untuk kebaikan diri dan Negara dengan melakukan kerja bermanfaat sertamenyertai pelbagai peluang dan program yang disediakan kerajaan bagi menambah nilai kepada ilmu dan kebolehan masing-masing.Gunakan tenaga dan usia kita untuk kebaikan diri dan Negara""Dalam menangani masalah gejala sosial yang terhasil akibat daripada kecenderungan mereka mengisi masa lapang dengan aktiviti yang tidak berfaedah maka dengan program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi pengisian dan pengalaman yang kita perolehi dari berbagai pameran seperti pameran kesihatan, Polis, keusahawanban, penyalah gunaan dadah dan bermacam-macam lagi semua bertujuan untuk mencambah minda dan menjana " katanya berucap pada majlis pelancaran pertandingan dipengerusikan oleh En Paridin Bin Sitim yang dihadiri kira-kira 5000 orang.
Lagu darah muda membawa tuah kepada Cik Haslina Binti Saidin dari kampung sungai tiga Mesapol dinobatkan juara nyanyian lagu-lagu 60an sempena sepakat Bestari & pra GATA 2009.
No comments:
Post a Comment
orangkampung178@yahoo.com