Sipitang:- Festival Gasing dan Tamu yang dirancang untuk dilaksanakan di Sipitang mulai 31 Julai hingga 2 Ogos 2009 tahun ini bakal menjadi acara tarikan utama Pekan Sipitang.Festival ini akan dapat menarik minat bukan sahaja kalangan para pelancung dari negara-negara serantau tapi juga dari negara-negara sebelah barat yang menghargai akan keunikan dan kekayaan warisan kebudayaan di negri bawah bayu ini.
Majlis pelancaran GATA telah pun dilaksanakan pada 27 jun 2009 sempena Sepakat bersama Bestari yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Sapawi Bin Haji Ahmad.Festival GATA adalah cetusan ilham dan idea Yang Berhormat datuk Sapawi Bin Haji Ahmad, bertujuan untuk mengekakalkan segala kesenian,kebudayaan di negeri Sabah khususnya di daerah Sipitang supaya tidak tengelam dilangar arus permodenan.
Salah satu objektif dan inisiatif festival GATA, untuk memelihara berbagai kebudayaan dan warisan dari berbagai sukuan yang membabitkan berbagai etnik yang akan membuat gerai pameran, persembahan tarian,muzik tempatan (tradisi) dari kumpulan etnik di daerah Sipitang. Festival tahun ini dijangka dihadiri oleh yang amat berhormat ketua menteri Sabah Datuk Seri Penglima Musa Haji Aman.
Pihak urussetia telah merancang berbagai aktiviti dan melaksanakan promosi festival secara berperingkat untuk mensasar dan menarik minat dari lain-lain negara seperti Brunei Darusalam,Singapora dan Indonesia dan seterusnya diperluaskan ke Asia.Festival GATA Sipitang ini pastinya akan berupaya mencapai status acara antarabangsa dalam tempoh terdekat masa akan datang.Mungkin venue festival ini akan berubah dari semasa kesemasa mengikut citarasa arus perdana pemodenan akan tetapi inti kebudayaan seni dan warisan sudah pasti dikekalkan bagi mengekalkan minat kepada pencinta seni supaya tidak hilang ditelan zaman.Ini menunjukkan kepada dunia luar bahawa Sabah mempunyai dan memiliki ramai penduduk yang berbilang kaum,sukuan,berbagai kebudayaan,adat resam yang berbeda, pegangan agama hidup dalam harmoni aman damai sejak dari zaman berzaman lagi.
No comments:
Post a Comment
orangkampung178@yahoo.com