KOTA KINABALU, lebih 7,000 umat Islam menyertai Yang Dipertua Negeri Tun Ahmadshah Abdullah dalam perarakan dari Padang Merdeka ke Bangunan Majlis Ugama Islam (Muis) di Sembulan, dekat sini.
Sebanyak 83 kontinjen dari jabatan dan agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta serta orang ramai menyertai perarakan itu sambil membawa sepanduk dan berselawat.
Ahmadshah diiringi isteri Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar kemudiannya merasmikan perhimpunan sambutan maulidur rasul peringkat negeri di Dewan Saadah, Wisma Muis.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman dalam ucapannya pada majlis itu menggesa umat Islam supaya menghayati kejayaan umat Islam terdahulu dalam menjana kegemilangan pertumbuhan ekonomi sehingga menjadikan mereka umat yang kuat dan sentiasa bersatu dalam menangani apa juga permasalahan yang timbul.Beliau berkata kemelut ekonomi global yang melanda seluruh dunia sekarang memberikan satu mesej penting bahawa kedudukan ekonomi perlu mantap dan kukuh jika umat Islam ingin terus menikmati kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang berkekalan.
Pemuda Sipitang Memenangi kategori sepanduk terbaik peringkat negeri Sabah.
No comments:
Post a Comment
orangkampung178@yahoo.com